Sunday, July 13, 2014

korea part 1

assalammualaikum

alhamdulillah masih diberi kesempatan utk menulis diruang blog sendiri..
buat semua umat islam selamat menjalani ibadah puasa ye :)

so ini adalah throwback penjelajahan dibumi korea yg tertuda untuk diupdate
dari nk menulis byk2 lebih baik tgk gmbr..
biar gamabr berbicara gitewww :)

tempat pertama di lawati..
NAMI ISLAND

pada yg meminati korea mesti tau kan byk drama yg dilakonkan disini

bangga itu pasti bila melihat bendara malaysia berkibar di bumi korea








Tuesday, January 21, 2014

pertemuan

pertemuan, 
ia kadangkala terjadi tanpa di sangka
tanpa di duga
semuanya adalah aturan Ilahi

indah cukup indah
pertemuan itu terjalin atas gerakkan hati dari Ilahi

tak terduga oleh hati 
tak terpikir dek akal
saat ia hadir bagaikan mimpi
bagaikan penganti 
bagai pengubat

satu ucapan syukur pada Ilahi atas kurnian ini
walaupun masih hijau tetapi hati tetap bersyukur

yang lepas jangan dikenang
yang kini harus ditempuhi
yang dihadapan sedang menanti

hadirnya tiba-tiba setelah hampir bertahun lama
walhal diri sendiri tidak langsung teringat
sedikit perasaan takut itu menjelma dan terdetik dihati
dugaan apakah yang sedang allah beri

rupa-rupanya allah ingin berikan sedikit cerahan mentari walaupun tidak banyak
terima kasih sekali lagi
dan andai ini adalah yang terbaik
andai ini yang telah tertulis
insha allah telah diri ini persiapkan hati buat pemiliknya
allah yang memegang hati ini 
hanya allah tahu siapa yang lebih layak

LoL
the sweet miss querida





Tuesday, January 14, 2014

kehidupan

Kehidupan ini andai dilihat sebenarnya indah
dari sudut yang berbeza dan sukar dilafazkan dengan kata-kata

manusia kadang kala terlampau leka sampai terlupa apa yang harus dilakukan
sekadar mengingati diri sendiri akan tidak terlalu leka dengan hiburan didunia
kerana hiburan diakhirt jua harus seimbang

siapa kita untuk melihat keburukkan manusia lain
sedang diri sendiri jua tidak sesempurna mana
hanya indah dipinggiran tanpa mengetahui apa yang bakal ditempuhi

cukuplah hanya melihat mendengar
apa yang ingin manusia berkata
berikan senyuman agar tidak ada perasaan iri hati

#sekadar ingin berkongsi perasaan hati dikala ini


lol
the sweet miss querida

Monday, December 30, 2013

Di ambang Penghujung 2013

Di ambang penghujung 2013
alhamdulillah allah masih beri kesempatan pada diri ini untuk merasa kehidupan ini
akhirnya 2013 hampir sampai ke penghujungnya
terlalu banyak suka dan duka diharungi
akhirnya diri ini mampu untuk terus bertahan
disaat dan ketika ini diri ini masih mampu berdiri sambil tersenyum

Bila di putarkan masa semula diawal tahun 2013 
terasa bagaikan semalam diri ini sedang menelaah pelajaraan 
bagaikan semalam diri ini bergelar pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda perakaunan
dari awal tahun akhirnya segulung ijazah berjaya digenggam pada hujung june 2013

tamat peperiksaan semester akhir diri ini terbang ke bumi seoul, korea
kenangan baru tercipta disana
indah cukup indah
penghujung march 2013 menjadi sejarah bila bumi korea berjaya di tawan 
alhamdulillah program ku berjaya dengan lancarnya disana

bulan april dilalui dengan indah bila keluarga ada disisi
dalam persediaan untuk ke bumi arab dibuat
ulang tahun kelahiran ku disambut 
alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar

May 2013 menjadi sejarah lagi bila niat ku untuk melihat rumah allah tercapai
syukur ke hardat mu ilahi
permudahkan lalui kami sekeluarga bertemu mu disana
indah cukup indah
tanpa henti doa diutuskan agar impian ku satu persatu di tunaikan
insha allah segalanya dalam perjalanan

pulang dari bumi arab diri ini terus terpanggil bekerja sebagai auditor
syukur alhamdulillah
allah lorongkan impian hati ini untuk mengejar cita2 

bagaikan mengerti hati berkocak seperti apa yg dirasa sewaktu ditanah arab
dia bukan milik diri ini lagi
tahniah dari diri ini agar diri mu menjadi suami yg baik buat isteri mu

dan diri ini masih mencari perjalanan yg masih kabur
insha allah jodoh itu pasti
allah telah temukan cuma masanya akan tiba jua
dia telah ada di hati sejak dulu lagi
dia juga yg ada disetiap doa dan sujud 
cuma kadang kala leka hingga terlupa

dan kini penghujung 2013 telah tiba
7 bulan bergelar auditor,.
dia telah ada disisi tanpa diduga
allah lebih mengerti kita hanya pelakon 
tersenyum bagaikan sudah mengetahui 
doa itu tidak pernah putus 
agar segalanya akan berjalan dengan lancar

azam 2014 telah tersemat di hati moga segalanya berjalan dengan lancar
insha allah
amin


*pasanglah azam sebelum tiba tahun baru dan kejar ia bukan ia menanti kita inshaallah terus berdoa pasti allah permudahkan.  :)

Sunday, September 29, 2013

hidup dan mati

hidup dan mati adalah kehendak ilahi
siapa kita utk menentukan segalanya..
kehidupan ini indah jika kita sentiasa berpikiran positif..

allah menjadikan kita dr tanah 
jika dilihat kekuatan tanah itu sukar utk ditaksirkan..tanah akan menjadi lebih kuat dan kukuh bila ada sesuatu diatasnya..begitu juga manusia..manusia akan jadi kuat jika ada seseorang disisinya..

hidup seseorang atas kehendakNya
mati seseorang juga atas kehendakNya

apa yg berlaku disetiap saat juga adalah atas kehendakNya

kita hanya mengikut kehendak hati dan perasaan tanpa mengetahui apa yg telah tertulis diloh mahfuz..

walau bagaimana pun kadang kala kita merasa kan apa yg berlaku ada yg mengikut kata hati kita kerana itu jua yg telah allah tentukan.

sentiasa memohon pada allah 
pasti ada jalan yg disediakan..
hanya cepat atau lambat sahaja..


Sunday, July 7, 2013

its a day

they always with me from i'm start until i'm end the degree
thanks always with me guys..
missed all of u guys..
hope we still n always keep in touch..

alhamdulillah 
everything is done
thanks to God 
thanks to my parents
thanks to my family
thanks to my classmate
thanks to my friends
thanks to him
 love all of you.

muahh muahh


convocation day

alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..
hari yg ditunggu tiba jua..bukan majlis tunang bukan jua majlis akad dan nikah
tapi majlis convocation diri ini..bersama teman2 yg sentiasa ada disisi selama 3thn bertungkus lumus akhirnya berbaloi dgn kejayaan ini..jika ikutkan 4tahun tempoh penggajian tp alhamdulillah 3thn segalanya selesai...
ijazah perakauan (honours) telah berada dlm genggaman..bagai mimpi jd nyata..jatuh bangun..nangis ketawa..hanya hati yg tahu..teman bersama yg sentiasa memberi pertolongan sgt menangis buat diri kuat walaupun terniat dihati ingin hentikan apa yg tlh dimulakan..hampir lelah utk diteruskan tp kerana ingin berikan senyuman buat kedua ibu bapa ku yg tercinta..aku teruskan jua..
alhamdulillah ia berbaloi..aku nmpk wajah ayah dan mama serta ahli keluarga yg lain gembira..aku tahu ayah sgt berbesar hati saat aku naik kepentas..dlm diam ayah aku tahu ayah bangga dgn pencapaian aku hari ini..tiada ayah dan mama..maka tiadalah aku hari ini..dulu aku pernah kecewakan ayah dan mama..tp hari ini aku pasti mereka bangga dgn aku..ini adalah utk mereka..bukan utk aku sorg..

pada 29 juna 2013 ia menjadi sejarah terindah buat kami semua..terima kasih buat permaisuri agung kerana sudi memberi sijil ijazah kepada kami..menjunjung kasih tuanku..

indah ye rasa indah..hilang rasa beban di bahu..
dan tanpa diduga saat ini aku duduk dikerusi auditor..ia juga bagai mimpi..dulu aku hanya niat dan lafazkan dan kini ia jadi nyata..menjadi wanita bekerjaya satu impian yg telah lama diimpikan..alhamdulillah segalanya alkah aturkan mengikut impian dan imaginasi aku sejak dulu..masih berbaki 5 thn utk aku hbs kan semua.. ACCA + Master + PHd insha allah dan juga Jodoh..itulah doakan yg aku lafazkan dihadapan kaabah..alhamdulillah segalanya allah aturkan dn baik..

tangisan aku berbyr dgn indah olehmu ya allah..
terima kasih..

Thursday, June 20, 2013

jumaat yg indah

permulaan utk hari jumaat ini

selesai casting utk iklan tv..apakah ia nanti andai diri terpilih..skrg biarlah rahsia wah mcm lagu siti pula kan..

mencuci mata di OU..melihat kehidupan di bumi malaysia..
tgk ragam manusi yg berbilang kaum..
macam2 ada..
senyum sorang2 lah saat nie..dengan duduk mengadap Homes harmony

menghitung detik

alhamdulillah menghitung hari demi hari..
bagai takpecaya hari itu akan muncul..
apakah?
bilakah?
nantikan...

dua casting akan di tempuhi..moga segalanya berjalan dengan lancar..

walaupun minat dan hobi dalam bidang modelling impian sebagai auditor tak pernah dilupakan..alhamdulillah dulu benci sekarang jatuh cinta.. jadi seorang auditor tanpa diduga...


lol
miss querida
yg manis