Friday, December 23, 2011

tabah ke aku?

pagi sabtu yg indah pada insan yg bergelar manusia

seawal 3 pagi aku dah mencelikan mata dgn pangigilan dr si dia tlg mengejutkan aku..
thanks my dear sbb kejutkan sy.. :)
nasib baik jugak sbb si dia hbs keje kul 3 pg kan..hahah
byk benda yg nk kene settlekan dgn assigment yg berlambak
atlast sempat bukak FB then ternmpk my all frenz post about midterm
automatik aku bukan e-klass utk check jadual aku..huhu
mmg sgt terbaik bilamana midterm sampai ahad..dan isnin tuu cmfrmlah kelas mcm biasa..
so inilah yg di namakan sygg UNi kan :(

aarrrr rasanya aku blh jd org yg xberapa betul kalu mcm nie...
tekanan sgt rasanya...
i need do something..but what?


aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Thursday, December 22, 2011

vote me for this contest :)

minta jasa baik semua yg blogwalking utk LIKe pic sy :)

maaf ada pertukaran ni adalah link yg baru plezzz LIKE for mee :)



following this step : 


First sekali : please click link ni http://www.facebook.com/ShahGreenPhotography


Second: click like page ni

Third: click like gambar hanie ek..cne nak like click link ni

minta sangat jasa baik anda semua yee 
sayang korang :)

Wednesday, December 21, 2011

apa itu cinta??


Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.


Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.


Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.


Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.


Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .


Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..


Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.


Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.


Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….


Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.

buat dia

mimpi

semalam aku mimpi sesuatu yg tak di jangka oleh akal pikiran aku
mimpi melihat aku menjadi jenazah dan di mandikan oleh ahli keluarga
terasa sgt damai sewaktu aku dimandikan itu..
terasa seperti ia adalah kenyataan di alam duniawi nie..
adakah masa aku telah hampir tiba..
adakah aku semakin hampir dgn arwah atuk dan pakcu
hmmmm
semua tk tercapai oleh akal pikiran aku 
dan dia juga ada dlm mimpi aku 
dia menjadi slh seorg yg mengangkat keranda jenazah aku
ya allah apakah maksud mimpi ini
adakah dh tiba masanya aku pulang ke pangkuan mu 
andai benar aku redha cuba berikan aku sedikit waktu utk beri kebahagian pada kedua org tua ku
andai benar beri kan aku waktu utk menunaikan impian aku 
utk melihat kedua ibubapa ku menjejak kaki ke tanah suci mu 
dgn hasil titik peluh ku
ya allah..

apa juga keinginan mu akan aku tunai
terlalu byk ujian yg kau berikan pada ku saat ini
sedaya upaya aku tempuh walaupun sukar
insyaallah aku berpegang pada janji yg pernah aku lafaz saat kau berikan nyawa
pada ku sblm aku di lahirkan
semua mengikut perjanji natara manusia dan tuhan
apa yang telah tetapkan di sana dan aku disini aku tunai kan..

terima kasih tuhan 

Tuesday, December 20, 2011

Monday, December 19, 2011

Adakah KITA LAYAK untuk SYURGANYA?

Assalammualaikum..

Solat dhuha cuma dua rakaat,
Qiamullail (tahajjud) juga hanya dua rakaat,
itu pun sambil tersenguk-senguk.

Solat lima waktu?
Sudahlah jarang ke masjid,
Ayatnya yang dipilih  pendek-pendek pula...
Tanpa doa, dan puji bagi Allah,
Dilipatlah sajadah yang masih baru itu.
Lupa pula dengan solat rawatib sebelum mahupun sesudah solat wajib.


catatan:

"Kalau tidak terlambat"
atau
"Asal tidak bangun sebelum subuh".
Dengan model solat seperti ini, apakah aku LAYAK untuk SYURGAMU Ya ALLAH?

Rasulullah dan para sahabat senantiasa mengisi malam-malam mereka....
dengan derai tangisan memohon keampunan kepada Allah.
Kaki-kaki mereka bengkak
dek terlalu lama berdiri dalam khusyukNya.

Kalimat-kalimat pujian dan pinta tersusun indah seraya berharap ....
Allah Yang Maha Mendengar mahu mendengarkan keluh mereka.
Ketika azan berkumandang,
segera para sahabat meninggalkan semua aktiviti ....
menyahut seruan ILAHI,

kemudian waktu demi waktu mereka habiskan untuk bersimpuh....
di atas sajadah-sajadah penuh titisan air mata.

Baca Quran sesempatnya,
tanpa memahami erti dan maknanya,
apalagi mengambil hikmah yang terkandung di dalamnya.

Ayat-ayat yang mengalir dari lidah ini
tak sedikit pun membuat dada ini bergetar,

Padahal tanda-tanda orang beriman itu adalah .....
ketika dibacakan ayat-ayat Allah
maka tergetarlah hatinya.

Hanya satu dua lembar ayat yang sempat dibaca sehari,
itu pun tidak rutin.
Kadang lupa, kadang sibuk, kadang malas.

Padahal...
Tidak sedikit dari sahabat Rasulullah yang menahan nafas mereka ...
untuk meredam getar yang menderu saat membaca ayat-ayat Allah.
Sesekali mereka terhenti, .......
tak melanjutkan bacaannya ketika mencoba menggali makna terdalam ....
dari sebaris kalimat Allah yang baru saja dibacanya.

Tak jarang mereka hiasi mushaf di tangan mereka dengan titisan air mata.
Setiap titis yang akan menjadi saksi di hadapan Allah bahawa mereka jatuh kerana....
lidah-lidah indah yang melafazkan ayat-ayat Allah dengan pemahaman dan pengamalan tertinggi..

Bersedekah jarang,
begitu juga infak.
Kalau pun ada,
itu pun "memilih" syiling yang ada di dalam kocek.

Berbuat baik terhadap sesama manusia juga jarang,
SEKIRANYA ada kegiatan bakti sosial,
yang ada hanyalah PENGIKUT SERTA bukannya PENDERMA.

Sudahlah jarang beramal,
amal yang paling mudah pun masih dilengeh-lengahkan seperti SENYUM.. SUSAH ke nak senyum?;)

Rasulullah adalah manusia yang paling dirindui,
senyuman baginda indahnya,
tutur bicaranya lembut,
belaian  kasih dan perhatiannya tidak berbelah bahagi,
juga pembelaannya bukan semata miliki Khadijah, Aisyah, dan istri-istri beliau yang lain.
Juga bukan untuk Fatimah dan anak-anak Rasulullah lainnya.

Ia senantiasa penuh kasih dan tulus terhadap semua yang dijumpai baginda, ...
bahkan kepada musuhnya sekalipun.
Ia juga mengajarkan para sahabat untuk berlumba-lumba
beramal soleh, berbuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sebaik-baiknya.

Adakah PANTAS hati yang seperti ini bertemu dengan Allah dan Rasulullah kelak?

Wajah indah Allah dijanjikan akan diperlihatkan hanya
kepada orang-orang beriman yang masuk ke dalam surga Allah kelak.
Tentu saja mereka yang berkesempatan hanyalah para pemilik wajah indah pula.
Tak inginkah kita menjadi sebahagian kelompok yang dicintai Allah itu?

Lalu kenapa masih terus bermuka masam terhadap saudara sendiri?

Dengan adik tidak akur, kepada kakak tidak hormat.
Terhadap orang tua kurang ajar,
sering membantah,
sering membuat kesal hati mereka,
apalah lagi mendoakan mereka,
mungkin tidak pernah.

Padahal mereka tak PERLU apa-apa pun ...
selain sikap ramah penuh kasih dari anak-anak yang dibesarkann ......
dengan segenap cinta.
Cinta yang berhias peluh, air mata, juga darah.
Orang-orang seperti kita ini, adakah LAYAK untuk SYURGA Mu Ya Allah?

Keredhaan-Nya bergantung kepada keredhaan ibu bapa terhadap anaknya
Telapak kaki ibu lah semulia-mulianya kerana SYURGA itu di bawah tapak kaki IBU.
Bukankah Rasulullah yang tak ber-ibu memerintahkan untuk berbakti kepada ibu,
bahkan tiga kali baginda menyebut nama ibu sebelum kemudian nama Ayah?

Bukankah seharusnya kita lebih bersyukur saat ......
masih boleh mengucup tangan ibu yang lembut?
kaki mulia tempat bersimpuh, dan wajah teduh yang teramat hangat dan menyejukkan?
Karena begitu banyak orang-orang yang tidak lagi mendapatkan peluang seperti itu.

Ataukah harus menunggu Allah memanggil orang-orang terkasih itu...
hingga kita baru merasa benar-benar membutuhkan kehadiran mereka?

Jangan tunggu penyesalan. .....
Bagaimanakah sikap kita ketika bersimpuh di pangkuan orang tua ....
ketika AidilFitri yang baru berlalu ....?

Apakah hari itu....
hanya hari biasa yang dibiarkan berlalu tanpa makna...?

Apakah siang harinya....
kita sudah mengantuk....
dan akhirnya tertidur lelap...?

Apakah kita merasa sulit tuk menitiskan air mata...?
atau bahkan kita menganggap menyusahkan......?
sampai sekeras itukah hati kita....?

Ya... Allah ..... ya Rabbku......
jangan Kau paling hati kami menjadi hati yg keras......,
sehingga menitiskan air matapun susah.......
merasa bersih......
merasa suci....
merasa tak bersalah dan .....
merasa tidak memerlukan orang lain......

Padahal dibalik cermin masa depan yang kami banggakan.....
terlukis bayang hampa tanpa makna.....
dan kebahagiaan semu penuh ragu.....

Astaghfirullah ......

hope one day i will get like this :)

Sunday, December 18, 2011

siapa dia di hati awak? kawan atau cinta hati?


Awk
Dia kawan?
Dia sekadar kenalan?
Ataupun seorang pasangan?

Awak
Dia tahu dalam cinta, pasangan juga adalah kawan.
Dia tahu dalam cinta, pasangan juga adalah teman.
Dia tahu dalam cinta, pasangan itu ada batasan.
Tapi dia tidak mengerti bila awak layan kawan macam pasangan.
Macam sudah terbalik bukan?

Awak
Bila dia sakit,dia mahukan sedikit perhatian.
Awak suruh dia pergi klinik sendiri utk dptkan rawatan.
Dia anggap awk suruh dia berdikari dan tidak mahu bergantung pada awk.
Tapi bila kawan awak sakit, awak sanggup berkejaran.
Bukan klinik biasa,bahkan ke pakar awak hantarkan.
Walaupun setakat selsema selepas hujan.

Awak
Bila dia sebut hal kawen,awak kata nanti dulu.
Bila dia sebut hal masa hadapan, awak kata awak tidak pasti apa yg awak mahu.
Hati dia jadi pilu.
Perasaan dia jadi berbulu.
Perut dia rasa sebu.
Sebab dia tahu awak mahu lepaskan kawan  awak dahulu.
Awak tidak mahu kawan awak menunggu.
Awak enggan dia kawin dalam keadaan malu.
Kurang sana, kurang sini-awak keluarkan belanja untuk majlis kawan tapi dia diam berteleku.
Awak lebihkan kawan dari dia, dia tahu.

Awak
Dengan awak dia tahu, dia tidak boleh merajuk.
Satu keajaiban kalau awak memujuk.
Selalu hati dia sendiri menjeruk.
Sendiri terperuk.
Dia tahan walaupun dia rasa teruk.
Dia abaikan walaupun perasaan jadi semakin buruk.
Dengan kekuatan tidak mahu menyumpah awak jadi tenuk.
Awak
Bila ada waktu lapang,dia mahu habiskan masa bersama.
Tapi awak selalu berikan alasan sibuk dengan kerja.
Ada sahaja aktiviti awak walaupun hakikatnya dia tahu awak punya waktu percuma.
Tapi bila kawan awk ajak keluar, awak bingkas bersiap segala.
Awak katakan itu waktu awak bergembira.
Dengan kawan yang sudah sekian lama kenal.
Jadi bagaimana dengan dia?
Adakah dia bukan sesiapa?

Awak
Bila dia rindu, dia mahu ajak awak keluar.
Awak menolak dan dia senyum sahaja mendengar.
Dia enggan bising sebab tidak mahu bertengkar.
Bimbang dalam hubungan saling bercakar.
Tapi bila kawan awak mengajak, terus awak keluar.
Bersiap laju sebab awak lebih gemar.
Galak awak bergambar.
Dia yang nampak, hanya tersenyum hambar.

Awak
Dia sering tertanya.
Siapa dia pada awak agaknya.
Bila dia bertanya, awak mula tinggi suara.
Awak kata jangan mengada.
Salahkah awak mahu lebihkan kawan baik sejak mula kenal usia?
Dia hanya tersenyum cuma
Sebab awak sudah begitu sifat dan kelakuan , dia terima

Awak
Bila dia kesepian , dia perlukan teman
Dia minta awak hadir sebagai pasangan
Awak balas, awak enggan
Awak berikan pelbagai alasan
Awak kata lebih baik sesekali keseorangan
Supaya mudah untuk berdikari bila awak sibuk tugasan
Dia tanya apakah dia boleh ajak orang lain, undang kawan
Awak pula tidak benarkan
Dia hanya ukir senyuman
Awak sudah melampaui batasan

Awak
Hari itu awak dan dia merancang
Kononnya nak buat majlis bertandang
Tapi segalanya bertangguh bila kawan awak timbul mencancang
Tiada lagi kedengaran bunyi merisik atau bertunang
Dia mahu meradang
Hati dia rasa bengang
Tapi dia kawal agar tiada hati yang berlubang
Sakitnya dia masih terngiang
Malu yang dia tanggung depan keluarga bukan kepalang
Dia rasa malang

Awak
Siapakah dia sebenarnya?
Adakah sekadar peneman bila kawan awak tiada?
Adakah cuma kenalan biasa?
Adakah manusia yg awak cari bila awak suka?
Adakah dia orang yg awak cinta?
Dia sudah tiada jawapan bagi soalan yg bergema

Awak
Dia tahu dia masih mampu bertahan
Walaupun semakin lama semakin rapuh benteng pertahanan
Walaupun semakin lama semakin reput kesabaran
Walaupun semakin lama semakin  perit kesakitan
Walaupun semakin lama semakin nipis iman
Dia tanggung segala sebab awak masih lagi kesayangan dia
Dan dia tidak tahu berapa lama ini semua akan berkekalan

Awak
Siapakah dia sebenarnya?
Hanya awak yg mampu berikan jawapan jujur berdasarkan apa yg awak rasa
Dan dia sudah tidak mahu meneka..

Monday, December 12, 2011

ombak rindu

ahad lalu aku dpt jugak lepas gian menonton ombak rindu
finally dpt gak tiket cite tuu..
punyerlah ssh asyik penuh jer..huh
but the movie not what i aspect lah
cite dia mmg lari byk dr novel

ok apa pun aku just blh bg 5/10 bintang saje utk movie ombak rindu tuu
sory lah pada pengemar movie tuu yee
aku lebih minat pada novel dia
apa pun aku suka 2 ayat dlm movie tuu
ayat yg pertama
"cinta tak kejam cuma manusia yang tak pandai menghargai cinta"
ayat yg kedua
"redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah"

aku sgt setuju yelah kadangkala manusia yg menyebabkan CINTA itu jd kejam 
sbb bila frust je buat keje bodoh
aku pun penah rasa mcm mana sakitnya bila kene tggl dgn someone a few years ago
but aku belaja buat tk tau 
sibukkan diri dgn buat benda2 lain
so that blh lah lupakannya..dan aku redha lepaskan dia pada wanita lain on that time
tp bila sekarang aku dh jumpa someone yg lain setelah bertahun aku single
aku akan jaga dia dgn baik n tkkan ber peluang pada wanita lain
sbbnya aku serik dah so kene lah jaga elok2 heee
alhamdulillah aku belaja terima dia seadanya...
walaupun kitaorg busy dgn urusan masing2 dia tkpernah lupa kat aku 
itu pun dh ok bila hari2 mesti ber'BBM'
dgn aku tanya khabar n know what im doing every day
walaupun kadang2 dia mcm tk ambil tahu apa aku buat..
kadang2 aku rasa dia mcm tk ambil berat but aku silap
rupanya dia take care of me in silence mood
thanks my lovely ZA
u complete my life now
kalu dulu malas nk pikir sgt pasal benda remeh temeh nie but now
kene lah ambik tahu
dia buat aku jd penyabar sgt sgt
thanks again
every day i pray for our relationship to being a good 
semoga allah permudahkan segalanya...
aku juga mengharapkan allah tetapkan hati aku hanya utk dia selamanya
aku belaja terima dia seadanya dr hari ke hari
insyaallah moga kekalkan rasa hati ini selamanya.. 
amin

Saturday, December 10, 2011

paham tak.!!





Awak kena paham , kenapa saya cemburu tengok awak , sebab cemburu tu tandanya sayang kan ?
Awak kena paham kenapa kadang2 saya merajuk , sebab saya nak kan perhatian daripada awak .
Awak kena paham ,kenapa saya selalu call dan sms awak, sebab saya rindukan awak .
Awak kena paham kenapa kadang2 saya marahkan awak , sebab saya nakkn yang terbaik untuk awak .
Awak kena paham kenapa saya suka mengadu dengan awak , sebab awak lah segalanya bagi saya . saya nak awak jek yang tahu .
Sekarang awak paham kan ? :)

old story

nak kata cite lama tklah jugak masih lagi dalam dua ke tiga munggu lepas jer lahh..saje nk kongsi cite..lama tk update kan..lama tk bukak blog nie haaa...

baru2 ni aku attend 2 majlis dlm satu hari...tghari majlis persandingan kawan lama..kawan permainan zaman kecil2 dulu..teringat time main lari, main masak2 time kecik2 dulu..but now kawan aku ni dah nikah dah...happy for them...tahniah SIITI RAHAYU ROSLI bersama pasangan KHAIRI....mereka ni bercinta dr time sekolah lagi..alhamdulillah sampai ke jinjang pelamin..aku mendoakan sampai ke akhir hayat :)

petangnya pulak majlis pertunangan KUSYA dan FAJAR..tahniah dr aku yee...moga cepat2 ke jinjang pelamin pada tahun depan ye... aminnnn

pastu last week time luch together with 'him'.... thanks spend time dgn sy yee....walaupun bz dgn keje...tapi terasa lain sikit saat keluar time nie..hmmm np erk... dia nmpk lain sikit cara dia..hmmm sy tggu je apa?...jd jgn buat sy tertggu plak...semua dh tanya so bila lagi..heeee

Someone like you

Perkara yang sepatutnya anda kena tahu



1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.


     kadangkala kita terpikir siapakah 5 org yg sanggup lakukan semua ini..kann bg aku org itu yg sentiasa di samping kita saat ssh dan senang..siapakah?!! pikir-pikirkan lah ye :)


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
     
     indahnya kalu tahu siapakah insan yg 15 org inikannn...mungkinkah family, kawan2, secret admire!!! ada ke?  hanya tuhan yg tahu...jadi doa yg terbaik ye =)

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.



     jika aku..terpikir juga perlu ke jd seperti aku yg tidak punyer apa2...yg serba kekurangan ini..hanya allah yg sempurna jd jgn lah membenci insan seperti aku yee wahai insan di luar sana :|

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.



     aku yg tersenyum kembali dan terpikir andai benar memberi kabahgian pada seseorg ITU?? bagus lah moga dia bahgia sentiasa..amin...

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.



     indahnya andai benar yg mengingati diri ini..alangkah bertuahnya rasa di hati ini...moga insan yg mengingati diriku itu di lindungi allah sentiasa :)

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.



     moga ianya menjadi kenyataan dlm  hidup aku...andai tahu siapakan insan itu?...

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.



     kerana aku kah??!!! hmmmmm

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.



      ye aku akuinya.. :)

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.



      indahnya andai ada kan heee....

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.



       sentiasa menghadap  ilahi minta berkat doa drNya

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.



      maaf andai aku melukai kalian

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.



      yup pasti aku akan lakukan yg terbaik dan berjaya dpt apa yg dimahukan 

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

         
       cuba lakukan 
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.



       kalu aku punye kekuatan seperti siti kahdijah pasti aku lakukannya...

Wednesday, December 7, 2011

redha

aku tak tahu kenapa dengan aku sekarang..perasaan yg berbelah bagi dan tidak sedap hati sering bertandang..dengan keadaan kesihatan yg tidak menentu buat aku jd hilang arah sementara waktu..hanya tuhan tempat aku berkongsi ketika ini..aku juga mengharapkan dia sentiasa ada di sisi aku..itu harapan yg aku ingin kan..tp aku tahu kadangkala apa yg di inginkan tidak mampu utk kita gapai..letak lah tinggi mana harapan kalu allah di menginginkan kita dpt..kita tidak akan dpt..hmmmm

aku belaja utk redha apa yg berlaku..belaja utk jd wanita yg tabah lalui semuanya..kerna aku tau allah berikan dugaan yg hebat utk menguji samaada aku mampu utk laluinya dan menjadi wanita yg cekal...ye aku berusaha jd wanita yg tabah dan saba..hari ini aku belaja erti saba...menanti dan terus menanti..berdoa dan terus berdoa...

jika benar yg aku rasa insyaallah....


MISS 


HIM

Saturday, November 26, 2011

Dia

aku terasa sedikit perubahan yg berlaku
saat ini hanya allah tempat aku memohon dan berkongsi
aku sedar antara kami tidak ada ikatan yg sah tp jgn buat aku begini
 aku serik utk lalui semua sekali lagi...

aku mohon allah mendengar rintihan hati ini
saat aku sujud padaNYa aku menangis dan meminta
agar apa yg di beri ini adalah yg terbaik buat ku

sebab aku seorg yg tidak akan berpaling pada yg lain
itu janji aku pada hati
seperti sebelum ini

tapi aku takut utk kecewa buat kedua kali nya...
aku terasa perubahan dia atau itu hanya perasaan aku..
aku penat utk berfikir..apa perlu aku lakukan 
ya allah
setiap saat aku teringatkan dia aku mohon doa drMu...

"Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku"

aku belaja menerima dia sedikit demi sedikit
terima apa adanya walaupun aku tau kadangkala
aku .............................
aku redha apa ada nya...

aku tahu tidak ada manusia yg sempurna di muka bumi mu ini
ya allah

kenapa kini aku jadi takut akan berlaku 
sesuatu kehilangan
aku takut jika ada wanita lain di antara kami
aku letakkan sepenuh kepecayaan pada dia dan aku harap dia jujur
itu yg aku harapkan

jujur dan ikhlas cukup buat aku yakin apa yg dia katakan
dia kata yg dia 'sayang' diri ku 
dan aku belaja 'sayang' dia

tp kenapa hampir saban waktu dia buat aku menangis yaallah
aku mohon ya allah andai benar dia adalah insan
yg kau titipkan utk ku..yg akan menjadi pelengkap hidupku
aku terima dgn hati yg terbuka ya allah 
di setiap mlm ku kau bawa dia dlm mimpi ku...
di setiap doa ku mohon pada ku
aku dekat kan hati kami

aku mohon pada mu sekali lagi ya allah 
andai benar dia utk ku..di jadikan pelengkap hidup ku..
pelindung buat ku..
kau satu kan kami dlm ikatan yg sah dan 'halal'
kerna telah tiba masanya aku mencari seorg suami..

jika di alam mimpi kau hadirkan dia di setiap lena ku..
aku juga mengharapkan kau hadirkan dia di alam nyata yaallah

kuatkan hati ini menempuh dugaan yg mendatang

kau titip seorg yg penyabar buat diri ini amat aku hargai ya allah
terima kasih dan aku mengharapkan ia kekal selamanya di hati ini..

insyaallah..

amin