Tuesday, March 29, 2011

sambung cite gunung lagi

hahahah 

nk sambung lagi

haaa aku group yg ke 4
group aku di ketua oleh cik awin
dalam group aku ada 6org.
awin , aku , abg rain , kenya , nadia dan hani
dan tambah sorang lagi anak angkat hehehe
en harith atau nama manja nya KODOMO LION
hohoho jgn marah yee abg harith syg ;p

group kitaorg mmg best dan sgt2 happening

aku juga nk ucapkan byk2 terima kasih pada awin sbb byk sgt2 bantu aku..

btl kata awin dalam hutan kita akan nampak siapa kawan siapa lawan...

tp bg aku semua yg ada di kelantan hiking bersama aku adalah kawan

sebab sifat tolong menolong yg sgt utuh buat aku rasa terharu...
walaupun ada yg baru aku kenal tp tetap bantu aku...

thanks again .. =)

akan di sambung lagi bersama gambar2 cantik =)

gunung Stong - Ayam - Baha

baru balik dr hiking ke tiga gunung yg berada di dabong kelantan
walaupun hanya di lima hari di sana 
tetapi banyak pengalaman yg di timba di sana

apakah perasaan aku?
huh dh tentu laa happy
walaupun ada injured..

kali ni aku injured kat kaki sikit then melecet yg agak teruk jugak...
tp apa pun hati tetap happy 
sebab ada melihat kejadian dan keindahan ciptaan tuhan di negeri kelantan..

aku bertolak dr kl central ke kelantan pada waktu jam 8.30 malam..
bersama 30 org ahli kelab kembara kami menaiki KTM ke kelantan....

sampai di Dabong pada pukul 9.00 pg..hampir 12 jam dlm tren...
sampai di sana kami semua makan utk sarapan pagi..

sebelum mendaki ke gunung..
kami di bawa masuk dan melihat gua yg ada di dabong kelantan..
kami masuk 3 buah gua iaitu gua pagar , gua monyet dan gua gelap...
banyak yg kitaorg belajar dan melihat sejarah yg ada di dalam gua tersebut...

kami di guide oleh dua org guide yg hebat iaitu Abg Jaa dan Abg six..

selepas melihat 3 buah gua kami pulang semula ke tempat sarapan utk mengambil barang2
sebelum di bawa oleh van yg di sediakan ke kaki gunung....

sampai ke kaki gunung kami di beri brief sedikit sebelum mula mendaki...
sebelum mula mendaki hujan dah mula turun 
mungkin menyambut kedatangan kami di sana.. 

kami mula mendaki terus ke kem baha utk tido di sana utk malam pertama di kelantan..

malam pertama sgt mencabar bila mana hujan sgt lebat dh tempat tido tkde..
mmg cukup tercabar jugak iman di hati ni...

aku dan awin ( my leader in my group) tido dlm duduk..
sukar nk di ceritakan tetapi itulah satu2 kenangan yg mungkin akan aku ingat sampai bila2...

esknya kita mula mendaki utk menawan gunung baha dan gunung ayam...
dua gunung dalam satu hari...

dalam mendaki itu mmg aku ada injured 
aku nk ucapkan terima kasih berbanyak buat kak ai sebab sudi tukar beg dgn aku..
kak ai sudi  dan sanngup bwk beg aku yg  berat tuuu..
thanks banyak2 kak ai... wani akan ingat jasa akak sampai bila2... =)

insan2 yg sentiasa ada bg support umi dan farra thanks sebab sudi byk tolong jaga aku..
walaupun farra injured tp dia tetap take care tentang aku...

buat kenya yg byk sgt bantu aku thanks dear
tanpa bantuan mu rasanya aku mungkin lambat sampai..
sekali lagi thanks kenya sebab sudi tggu aku 
dan wlaupun kitaorg kene OT pada second night utk kepuncak ayam
kenya byk bantu aku..thanks again

next thanks pada harith sebab byk bantu tlg bwkkan beg aku..
thanks sgt2....
jasa mu akan di kenang,..

buat en syamsu yg byk ambik berat 
terima kasih si ucapkan..

buat kak yaya , DD, abg rain, adik nadia
thanks sbb concern

dan semua rakan2 yg byk membantu thanks....





Tuesday, March 22, 2011

keberangkatan ke kelantan...

oyeahhh barang dh hampir ready semuanya utk berangkat ke kelantan petang nieh

harap semuanya berjalan dengan lancar 

lima hari akan berada di sana

untuk mendaki dan menawan gunung stong- ayam.

harap sentiasa di lindungi allah S.A.W

doakan perjalan pergi dan balik selamat hendaknya...

amin...


Monday, March 21, 2011

KPOP

haa dengar tajuk jer cmfrm dh taukan...

sekarang musim KOREAN 
melanda di M'Sia
semua org taukan
hmmm termasuk lah aku..hehehe
tp aku bukanlah peminat yg setia dari dahulu dan aku sendiri pun tk berapa nk kenal mereka..
serius aku mmg tk tau sgt pasal diorg...
dan kalu sebelum ni aku selalu perli kawan minat sgt ngan korean..
at last aku pun terjebak jugak hahahha

nak tau aku terjebak mcm ner..
haa dr seorg 'kawan' lama...
lama ker kawan hanya aku dan tuhan jer tau heheheh
first day kita org 'berkawan' semula dia minta aku dengar satu lagu...
dr 2pm tajuknya i'll be back
so dr situ mula laa segalanya...
setiap kali masej dia akan bagi satu tajuk lagu..
dan aku akan dengar
dari situ sedikit demi sedikit minat terhadap korean mula bercambah..
cam tk percaya dari tak faham aku mula faham sikit2 lah.. ;)
tapi tak  laa sgt2 minat..tapi tau lah sikit2 lagunya...
byk gak yee kumpulan korean..

since dh mula dengar lagu korean nieh..
kawan satu Uni ngan aku mula bg aku dengar byk lagi lagu2 korean..
heheheh
yeah mereka sgt2 baik...
thanks buat syafawati dan zatul..
mereka berdua nie pun peminat korean gak...

mungkin kalu bukan sebab dia 
aku just dengar2 tp tk lah sampai dengar hari2..

thanks juga pada mr Korean..




Sunday, March 20, 2011

andai lelaki tahu dan memahami..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Friday, March 18, 2011

i need your VOTE

SALAM 

semua teman2 ku

saya memerlukan VOTING anda di FB 


untuk contest yg sy join...


please VOTe saya....




Diiii


Assalammualaikum =)
hye kawan2
sy nak minta tlg utk vote sy bagi contest “STYLE YOUR HIJAB CONTEST”
di http://www.happylifeshoppe.com/

TO VOTE:

STEP 1 : LIKE Happylifeshoppe.. http://www.facebook.com/happylifeshoppe

STEP 2: LIKE Contestant.. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=201123046573366&set=a.195455750473429.47282.164483780237293&theater&pid=737383&id=164483780237293

voting anda amat bermakna bg saya..
support me yaa my dear frenz...
luv u all ♥

Thursday, March 17, 2011

"style your hijab contest"


inilah gambar yg di pertandingkan...
ok hari ini start satu contest yg aku join dlm FB 
tentang style bertudung...
contest ni bermula dari 17/3/2011-31/3/2011
jadi pada yg semua rakan2 ku sila laa vote @ like sy sebanyak mungkin yee...
di
 http://www.happylifeshoppe.com/
TO VOTE:

STEP 1 : LIKE Happylifeshoppe.. http://www.facebook.com/happylifeshoppe

STEP 2: LIKE Contestant.. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=201123046573366&set=a.195455750473429.47282.164483780237293&theater&pid=737383&id=164483780237293


voting anda amat bermakna bg saya..
support me yaa my dear frenz...
luv u all ♥




Wednesday, March 16, 2011

happy

haa mesti tertanya nape happykan..
hahahahah 
happy sbb my baby kancil dh keluar dr clinic hari ni..
oyeahhhh 
tuu yg sgt happy lg pun tk larat 
nk memandu kete besar2 niehh
byk kepentingan nk di jaga..
MINYAK lah,..PARKING pun leceh..hukhuk
hmmm bwk kete kecil lg comel cm TUANnya nieh senang nk menyelit... 
heheheh!!!

so jgn pikiq bukan2 
hahaha bukan happy sebab BF or sewaktu dengan nya.. =)

haa ary ni first day cuti semester kan so apa lg masuk ofis lah..
msuk2 keje dh menimbun..
ary ni aku settlekan 3 tender yg perlu di completekan..aishhh 
lama tk buat jd poning sikit..heheh
pasni tinggal nk di sign kan aje...
ofcourse aku nk kene signkan...
Wah bunyi cm bestkan..
doakan lah semuanya berjalan dengan lancar 
dan 
income pun masyuk.... =)
hehehe

cite di ofis..!!
biasalah bila dh bosan aku ngan akk ofis bukak cite semasa..
haa yg bestnya aku ngan akk ofis ni satu kepala so faham2 lah kan..

cite masa depan..ceh masa depan laa sgt kan...
apa pun happy laa jugak 
walaupun
aku asyik tersengguk2 jer 
ialah keje dh habis nk online dh bosan..
mata pun kuyu nk tito..hehehhe

esk nk cr sikit2 utk barang mendaki..

ngantuk dh..jom tito...

esok sambung lg =)

Tuesday, March 15, 2011

end of semester

ohh finally selesai sudah semester 4 bagi tahun kedua pengajian aku di Msu 
dalam degree in accounting..
apakah result yg menanti..
ohh buat masa sekarang tak mau nk ingat dulu dan mengharapkan
keputusannya adalah yg terbaik ...
insyaallah ( teringat bila yang kata cm ni td) hehehhe

apa pun td paper akhir utk semester ni.
paper costing...

ok now apa plan cuti nieh..
huh 
seperti biasa masuk Ofis laa...
apa lgi..
org lain sedap bercuti bila semester break dan aku masuk ofis buat keje laa

lagi cuti kali tkde lah lama sgt just seminggu jer..
minggu ni takde plan sgt di sbbkan kereta aku still dlm clinic
aishh sedih btl..bila kete tkde nieh
bila laa nk siapkan kete ku itu hukhukhuk

but next week ada plan dh tp under Msu lah...
aku akan mendaki gunung lagi...
waaa bunyi mcm best je kan.. hehhe
oyeahhh second time join Kelab Kembara 
mendaki gunung..
kali ni kami akan mendaki dan menawan gunung di kelantan...
Gunung Stong-Ayam
oyeahh 
insyaallah akan ku daki dgn niat yg ikhlas supaya tidak nerlaku kecederaan
seperti yg lepas...
 insyaallah...

doakan perjalanan ku baik dan selamat di sana..

tgh membayang perjalanan 5 hari disana...

yeahh U can do it gurl...

go go go 

Monday, March 14, 2011

huh

saje nk create entry ni sbb nk tenangkan hati..

heheh hati sudah tenang bila dpt masej pengesahan td pg...huahuahuahua
peh punyer laa sedih last weekkan 
ceh saje buat aku cuak rupanya...
hadoi awk niekan...saje nk kene sekeh...dh dekat seminggu baru nk explainkan...

tkpe tggu sabtu ni mmg kene sekeh..hehehehe

so mau gi stdy costing...esk last exam..
wish me luck..

so jumpa di next entry... =) 

Tuesday, March 8, 2011

huh

hmmm lama rasanya tk update blog..byk yg nak di citekan kat sini tp tk sempat2 atas tugas2 yg tk dpt dielakkan..huh pengalahkan PM ( penyibuk masa) lakkan...hahahah
ok aku nk update entry satu2 dulu..yg ni melepaskan gian..
okey hari baru habis 2 paper final exam..pagi td audit 1 N petang td profesional english and i hope the result will be ok laahh... insyaallah..

ok apa nak cite yee...hmmmm
ce cite ce cite..hehehhe
nk cite laa nieh.. 

aishhh 
cam ne nak taip nieh.. hmmmmm
haaa cam ni la aku tk tau np tetiba rasa sayu..(padahal dh tau)
this year umur aku akan masuk 23 thn hmm lg sebulan jer pun so that dh di kira laa kan.. ;\
aku tk tau kenapa aku bukan wanita yg bertuah utk mendapatkan 'cinta' lagi...
adakah takdir tuhan atau belum sampai waktunya...aku pun tak pasti..
kadangkala bila ingat balik satu statement 'kita tkkan dpt semua yg kita inginkan' 
yee btl laa tuuu....
aku belajar menerima kekurangan orang lain dlm hidup ini..
tp semua seperti sia2 saja..mungkin belum waktunya...
setiap sujud padaNYa aka aku titip satu doa 'ya allah andai ..... kau ciptakan utk ku kau satukan lah hati kami andai dia bukan utk ku kau jauhkan hati kami dan kekalkan kami sebagai sabahat'
dan tuhan telah temukan aku jawapannya yg dia bukan milikku...

siapakan wanita bertuah itu..yg pastinya bukan aku..
andai dpt aku berjumpa dgn wanita bertuah itu akan ku ucapkan tahniah padanya... 
tiada lagi kata yg harus aku ucapkan..hanya senyuman yg mampu aku ukirkan..
dan selepas ini doa aku " ya allah kau kekalkan kebahgia utk dia selamanya dgn insan yg bertuah itu'

dan aku??? aku akan teruskan kehidupan seperti biasa dengan senyuman di bibir dan menangis dihati...

kadangkala aku terpikir adakah aku tidak bertuah dlm perhubungan..
bilakah saatnya akan aku merasa bahgia di samping insan yg bergelar seorg lelaki?
atau mmg sudah tertulis yg aku tidak di ciptakan utk makluk tuhan yg bergelar lelaki itu..
hmm entah laa tp aku pasti setiap kuasa tuhan....
kata orang alim ulama 'telah tuhan tetapkan setiap pasangan hambanya'
pasti ada hikmah yg perlu aku tempuh lagi utk hari esk...

jgn tanya apa perasaan aku skrg kerana yg pasti air mata aku sudah kering...

hmmm kita lihat saja kitaran kehidupan yg perlu aku tempuh,,,

'ya allah andai telah kau jadikan seorang insan bergelar lelaki utk ku yg kau jadikan aku dr tulang rusuk kirinya..kau berikanlah seorang yg penuh imannya padamu ya allah agar dia dpt membimbingkan aku ke jalan mu ya allah...'