Saturday, November 26, 2011

Dia

aku terasa sedikit perubahan yg berlaku
saat ini hanya allah tempat aku memohon dan berkongsi
aku sedar antara kami tidak ada ikatan yg sah tp jgn buat aku begini
 aku serik utk lalui semua sekali lagi...

aku mohon allah mendengar rintihan hati ini
saat aku sujud padaNYa aku menangis dan meminta
agar apa yg di beri ini adalah yg terbaik buat ku

sebab aku seorg yg tidak akan berpaling pada yg lain
itu janji aku pada hati
seperti sebelum ini

tapi aku takut utk kecewa buat kedua kali nya...
aku terasa perubahan dia atau itu hanya perasaan aku..
aku penat utk berfikir..apa perlu aku lakukan 
ya allah
setiap saat aku teringatkan dia aku mohon doa drMu...

"Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku"

aku belaja menerima dia sedikit demi sedikit
terima apa adanya walaupun aku tau kadangkala
aku .............................
aku redha apa ada nya...

aku tahu tidak ada manusia yg sempurna di muka bumi mu ini
ya allah

kenapa kini aku jadi takut akan berlaku 
sesuatu kehilangan
aku takut jika ada wanita lain di antara kami
aku letakkan sepenuh kepecayaan pada dia dan aku harap dia jujur
itu yg aku harapkan

jujur dan ikhlas cukup buat aku yakin apa yg dia katakan
dia kata yg dia 'sayang' diri ku 
dan aku belaja 'sayang' dia

tp kenapa hampir saban waktu dia buat aku menangis yaallah
aku mohon ya allah andai benar dia adalah insan
yg kau titipkan utk ku..yg akan menjadi pelengkap hidupku
aku terima dgn hati yg terbuka ya allah 
di setiap mlm ku kau bawa dia dlm mimpi ku...
di setiap doa ku mohon pada ku
aku dekat kan hati kami

aku mohon pada mu sekali lagi ya allah 
andai benar dia utk ku..di jadikan pelengkap hidup ku..
pelindung buat ku..
kau satu kan kami dlm ikatan yg sah dan 'halal'
kerna telah tiba masanya aku mencari seorg suami..

jika di alam mimpi kau hadirkan dia di setiap lena ku..
aku juga mengharapkan kau hadirkan dia di alam nyata yaallah

kuatkan hati ini menempuh dugaan yg mendatang

kau titip seorg yg penyabar buat diri ini amat aku hargai ya allah
terima kasih dan aku mengharapkan ia kekal selamanya di hati ini..

insyaallah..

amin

Friday, November 25, 2011

Next Top Model

sangat terkejut bila aku terpilih memasuki 2nd ROUND : QOMA Next Top Model
 dari ramai2 tuuu pihak juri memilih 40 org utk ke second round...
huh terkejut ingatkan tkdpt so aku abaikan je dan tk harap apa2..
tetiba td bukak FB tgk the 2nd round ada muka aku tersenarai..
mau tk happy..

yelah yg buat pilihan tuu adalah juri dah laa tuu salah sorang juri adalah En ANNAS (photog hebat tau)http://www.facebook.com/AnnasEaskeyPhotography

alhamdulillah

rezeki tuhan.. jadinya buat teman2 yg singgah ke entry aku ni anda semua di wajibkan 
LIKE pic aku yee..sebabnya teringin nak bekerjasama dengan ANNAS nie.. :)


apa yang perlu anda lakukan...






Second: click like page ni



Third: click like gambar saya ye..cne nak like click link ni



Last sekali : invite rakan2 yg lain utk VOTE saya yee...



and ur done...thanks so much for ur cooperation..sayang anda semua:-)

Saturday, November 19, 2011

20112011

nice the date rite..tahun ni byk tarikh cantik dan kalu lah
dpt sesuatu time date yg cntik tuu 
tentun indahkan
tapi semua angan2 kosong jerr

masuk hari dah 3 hari hati sedih lg,..
ingat kata2 Mr korean dulu 
'biar senyuman di bibir mati tp bukan di hati"

tp rasanya kini di hati juga dh tkde senyuman since 
result sem 5 keluar
msk 3 hari aku still sedih dan nangis sama seperti entry ni di buat
sgt2 sedih

then tambah sedih bila contest yg aku masuk now tinggal 9 org jer..
sbbnya td ada lagi penyingkiran 3 org..one of the person 
my group person adik kiko yg comel
adehh dah rindu dia..selalu dia masej aku ckp rindu kat aku..sama cm aku gak
now sedih bila dia tersingkir...
huhuh

kalu nk tau lebih lanjut 
jom lihat2 blog nieh

http://shahgreen.blogspot.com/2011/11/kerna-top-14-contestant-project.html

semua dh di explain kat situ...baca dan comment tau hee
apa pun bersyukur aku masih lagi di tangga ke atas..doakan kejayaan menyebelahi aku kali ni..

insyaallah kali niat kita baik allah akan permudahkannya

luv this song

Monday, November 7, 2011

8 Tanda Si Dia Ikhlas dengan Kamu



1. Bersahaja

Dia tidak akan berpura-pura menjadi orang lain atau berlakon baik semata-mata mahu menambat hati  kamu. Sebaliknya si dia akan kelihatan tenang dan bersahaja setiap kali berdepan dengan kamu.

2. Gembira Bersama

Tiada paksaan atau lakonan di wajahnya. Ekspresi gembira jelas terpancar di wajahnya ketika kalian  bertemu atau menghabiskan masa bersama.

3. Terima Kamu Seadanya

Dia menerima kelebihan dan kelemahan diri kamu seadanya. Dia tidak memaksa kamu menjadi orang lain bagi memenuhi ciri-ciri pasangan idamannya.

4. Jujur

Baik dari segi percakapan mahupun perlakuan, dia ikhlas dan berterus-terang dengan kamu. Kaki  penipu biasanya bijak mengatur ayat manis tapi orang yang jujur akan menggunakan bahasa yang biasa.
 
5. Hormat

Di awal perkenalan sehingga kamu bersama sebagai kekasih, dia menghormati kamu dan tidak sesekali  dia cuba mengambil kesempatan atau mengasari kamu dengan perbuatan atau percakapannya.

6. Bertemu Dengan Keluarga

Jika dia memang ikhlas, dia tidak akan keberatan untuk berkenalan dengan keluarga kamu dan  dia juga akan  membawa kamu bertemu dengan keluarganya.

7. Tidak Menyembunyikan Kawan

Orang yang ikhlas mencintai kamu akan bersikap terbuka dan tidak akan menyembunyikan kawankawannya
daripada kamu.

8. Mengambil Berat

Walau sesibuk mana pun, dia akan menghubungi kamu untuk bertanyakan khabar. Kesungguhannya mengambil berat ini membuktikan yang dia amat menghargai kamu sebagai pasangannya.

Friday, November 4, 2011




rindu awak