Sunday, December 18, 2011

siapa dia di hati awak? kawan atau cinta hati?


Awk
Dia kawan?
Dia sekadar kenalan?
Ataupun seorang pasangan?

Awak
Dia tahu dalam cinta, pasangan juga adalah kawan.
Dia tahu dalam cinta, pasangan juga adalah teman.
Dia tahu dalam cinta, pasangan itu ada batasan.
Tapi dia tidak mengerti bila awak layan kawan macam pasangan.
Macam sudah terbalik bukan?

Awak
Bila dia sakit,dia mahukan sedikit perhatian.
Awak suruh dia pergi klinik sendiri utk dptkan rawatan.
Dia anggap awk suruh dia berdikari dan tidak mahu bergantung pada awk.
Tapi bila kawan awak sakit, awak sanggup berkejaran.
Bukan klinik biasa,bahkan ke pakar awak hantarkan.
Walaupun setakat selsema selepas hujan.

Awak
Bila dia sebut hal kawen,awak kata nanti dulu.
Bila dia sebut hal masa hadapan, awak kata awak tidak pasti apa yg awak mahu.
Hati dia jadi pilu.
Perasaan dia jadi berbulu.
Perut dia rasa sebu.
Sebab dia tahu awak mahu lepaskan kawan  awak dahulu.
Awak tidak mahu kawan awak menunggu.
Awak enggan dia kawin dalam keadaan malu.
Kurang sana, kurang sini-awak keluarkan belanja untuk majlis kawan tapi dia diam berteleku.
Awak lebihkan kawan dari dia, dia tahu.

Awak
Dengan awak dia tahu, dia tidak boleh merajuk.
Satu keajaiban kalau awak memujuk.
Selalu hati dia sendiri menjeruk.
Sendiri terperuk.
Dia tahan walaupun dia rasa teruk.
Dia abaikan walaupun perasaan jadi semakin buruk.
Dengan kekuatan tidak mahu menyumpah awak jadi tenuk.
Awak
Bila ada waktu lapang,dia mahu habiskan masa bersama.
Tapi awak selalu berikan alasan sibuk dengan kerja.
Ada sahaja aktiviti awak walaupun hakikatnya dia tahu awak punya waktu percuma.
Tapi bila kawan awk ajak keluar, awak bingkas bersiap segala.
Awak katakan itu waktu awak bergembira.
Dengan kawan yang sudah sekian lama kenal.
Jadi bagaimana dengan dia?
Adakah dia bukan sesiapa?

Awak
Bila dia rindu, dia mahu ajak awak keluar.
Awak menolak dan dia senyum sahaja mendengar.
Dia enggan bising sebab tidak mahu bertengkar.
Bimbang dalam hubungan saling bercakar.
Tapi bila kawan awak mengajak, terus awak keluar.
Bersiap laju sebab awak lebih gemar.
Galak awak bergambar.
Dia yang nampak, hanya tersenyum hambar.

Awak
Dia sering tertanya.
Siapa dia pada awak agaknya.
Bila dia bertanya, awak mula tinggi suara.
Awak kata jangan mengada.
Salahkah awak mahu lebihkan kawan baik sejak mula kenal usia?
Dia hanya tersenyum cuma
Sebab awak sudah begitu sifat dan kelakuan , dia terima

Awak
Bila dia kesepian , dia perlukan teman
Dia minta awak hadir sebagai pasangan
Awak balas, awak enggan
Awak berikan pelbagai alasan
Awak kata lebih baik sesekali keseorangan
Supaya mudah untuk berdikari bila awak sibuk tugasan
Dia tanya apakah dia boleh ajak orang lain, undang kawan
Awak pula tidak benarkan
Dia hanya ukir senyuman
Awak sudah melampaui batasan

Awak
Hari itu awak dan dia merancang
Kononnya nak buat majlis bertandang
Tapi segalanya bertangguh bila kawan awak timbul mencancang
Tiada lagi kedengaran bunyi merisik atau bertunang
Dia mahu meradang
Hati dia rasa bengang
Tapi dia kawal agar tiada hati yang berlubang
Sakitnya dia masih terngiang
Malu yang dia tanggung depan keluarga bukan kepalang
Dia rasa malang

Awak
Siapakah dia sebenarnya?
Adakah sekadar peneman bila kawan awak tiada?
Adakah cuma kenalan biasa?
Adakah manusia yg awak cari bila awak suka?
Adakah dia orang yg awak cinta?
Dia sudah tiada jawapan bagi soalan yg bergema

Awak
Dia tahu dia masih mampu bertahan
Walaupun semakin lama semakin rapuh benteng pertahanan
Walaupun semakin lama semakin reput kesabaran
Walaupun semakin lama semakin  perit kesakitan
Walaupun semakin lama semakin nipis iman
Dia tanggung segala sebab awak masih lagi kesayangan dia
Dan dia tidak tahu berapa lama ini semua akan berkekalan

Awak
Siapakah dia sebenarnya?
Hanya awak yg mampu berikan jawapan jujur berdasarkan apa yg awak rasa
Dan dia sudah tidak mahu meneka..

No comments:

Post a Comment