Monday, October 24, 2011

RAHSIA SEORANG PEREMPUAN

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah ataupun sebagai penyedap semata-mata. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk di lindungi, dijaga, dihargai, difahami dan dimanja, bukan untuk dikasari maupun disakiti. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

aku juga ingin seperti mereka


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jln fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…………

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yg bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar utk dilaksanakan

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dlm setiap perintah
Taat dgn abuyanya, yg sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga……….

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah………..

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga……..

Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar……..

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Mashitah…….