Wednesday, September 26, 2012

alone

hye lama tak menaip
byk entry dah taip tapi xterpost lagi atas sbb keje yg menimbun tp akan di post
ni entry mengejut yg ditaip onthesport
hmmmm teruk je rasanya,..ye mmg ku rasa sgt teruk saat ini..
everyday ku jd stalk xbertauliah mcm perkara wajib pula bila jd stalker fb dia..senyap dia buat aku tertanya2..dan pagi ni bila tgk pada gmbr tu buat aku terus menangis..terima kasih allah
kesabaran yg cuba ku lakukan seperti tidak berbaloi lagi..kuat hati meletakkan harapan semuanya jadi sia-sia
utk melupakan dia tidak ada dlm kamus hidupku ..tp aku perlu lakukannya..bagaiamana? aku sendiri pun tidak tahu..aku mohon pada allah agar dpt buang dia dalam hati ini tp seperti ada kuasa magnet yg buat lagi kuat ingatan aku pada dia..ya allah sukarnya..
perit sebenarnya utk lalui semua ini sbb ini kali pertama aku rasa semua ini..makin kuat utk pegi lebih jauh dr dia andai ini adalah cara terbaik utk aku lupakan dia..aku cuba..
di setiap sujud aku pasti tidak pernah putus aku mendoakannya aku juga mohon andai dia bukan utkku bawa jauh semua perasaan ini tp ia tidak semudah ygaku sangka..ye serius sy menangis lps tgk fb awk tu..terima kasih sy ucapkan kerana anda berjaya buat hidup sy bahagia dalam masa yg agak lama ni..kekuatan yg anda salur itu buat sy terus bernafas kerana ingat sy pada anda buat sy sentiasa ingat tuhan..dan saat ini sy mohon pada tuhan agar ambik hati sy bawa pegi jauh-jauh supaya sy boleh buang rasa ini pada anda walaupun allah yg beri rasa ini..nekad sy utk tinggal kan malaysia semakin kuat dan sy tak mampu nak tempuh semua andai sy masih dibumi malaysia..sy tak kuat lagi..sy tak mampu lagi..banyak benda yg sy lakukan semuanya kerana anda..byk perubahan yg berlaku atas peringatan anda..sy patut katakan terima kasih atas semuanya sebab anda sy lebih byk ingat tuhan tp sy tak kuat utk tgk anda bergadingan dgn insan lain sbb sy tak cukup kebal utk melihatnya..sebelum apa-apa yg berlaku lebih lagi harusnya sy tinggal semua ini..saya perlu anda disisi utk tiupkan semangat..salurkan kekuatan anda..tp sia-sia sahaja semua itu..
redhakah sy utk semua ini..sy tak sekuat yg disangka..kekuatan dan semangat itu telah lenyap bersama permegian anda dr hidup ini..senyuman indah sy juga telah mati..hati telah anda bawa bersama yg tinggal hanya jasad yg kosong tanpa ada apa2 lagi..
bermula semua kehidupan tanpa seseorg yg istimewa dalam hari-hari ini..semoga allah beri hidayah yg terbaik buat sy..janji sy pada anda insyaallah sy takkan behenti memasak kerana itu penting bg seorg wanita..sy akan terus memasak semua kegemaran anda walaupun yg makannya org lain..
lupakan tentang indahnya kehidupan dengan insan istimewa itu yg harus aku lakukan
dah tak mampu nk menaip lagi..selamat tinggal semuanya,..moga boleh kuat utk setahun sahaja lagi..insyaallah

Sunday, September 2, 2012

sweet moment for them

happy moment t my dearest friend last week..
tahniah buat khairul & gina , buat niza & pasangan , buat fizi & pasangan , buat nabil & pasangan..
tahniah dari sahabatmu ini buat kalian semoga kebahagian ini kekal hingga akhir hayat..happy tgk kawan2 melangkah ke alam rumah tangga..tanggungjawab makin berat haru dipikul jadi moga kalian dapat jaga amanah allah itu ye
doakan buat diri ini agar ketemu dengan insan yg sudi menerima kekurangan diri ini suatu hari nanti
insyaallah
apapun tahniah dari saya :)

gina & khairul
gmbr tunang je dpt gambr kawen xmask lagi hehe

niza dan pasangan 

fizi dan pasangan 

nabil dan pasangan 
saat akad ikah 

ni saat majlis sanding 


tahniah dr saya buat kalian semua..moga saya dapat berkat dr kalian di ketemukan jodoh suatu hari nanti aminn :)

Wednesday, August 29, 2012

pertandingan catwalk di plaza MPK klang

alhamdulillah berkesempatan utk menulis lagi..diberi nafas utk mearasa kehidupan yg mendatang..so entry kali ni nak cerita sikit pertandingan yg aku masuk awal puasa hari tu..ingatkan bulan puasa tk nk join ada show tp dh dipujuk rayu aku pun masuklah.,..
so event tu berlangsung pada 29julai 2012 di plaza mpk klang..pada mulanya aku tak berapa yakin nk join sebab yg masuk agak handal-handal pesertanya tapi dgn keyakinan diri aku mencuba..
berjumpa dengan mereka yg senior byk yg aku pelajari tarik teknik berjalan catwalk dan bermacam-macam lagi..
seronok dan kepuasan dapat aku rasakan bila kali ni aku lakukan penuh jiwa di setiap langkah aku di atas pentas sewaktu dihadapan juri..dengan bentuk wajah yg sepatutnya seorang model international aku buat dengan yakin dan yg tidak ku sangka setiap langkah ku amat lembut seperti ada sesuatu spirit dalm diri ini tidak tau dimana hadirkan aku lakukan dengan sgt sgt yakin..tiba di hadapan juri sgt gementar allah saja yg tahu..tanpa di duga juri terus kata " sayang jaga catwalk u ye..dah cantik but please take care" saat tu aku rasa seperti org bersalah kerana aku ingat aku buat salah..bayangkan bila tempat tu dipenuhi dgn org ramai dan ditegur begitu dan bilamana mak aku juga ada disitu..
rupa teguran itu ada pembakar semangat yg tidak ku tahu..bila kali kedua aku perlu lakukan catwalk utk individu juri dah bagi tahu pengajur ingin aku buat benda yg sama seperti mula2 aku catwalk..waktu itu mmg sgt gementar bila mana semua mata tertumpu pada aku dan juri meletakkan harapan 100% pada aku walhal ada 34 perserta lain tetapi harapan yg besarnya pada aku..ya allah tuhan saje yg tahu perasaan saat itu..
alhamdulillah waku buat yg terbaik semuakerana allah
bila semua bercakap tentang aku..aku jadi tak menentu sampai MUA kata cmfrm hanie menang..waktu aku tak letakkan harapan yg tinggi sebab aku tau yg aku masih baru..
bila diakhir penghujung aku terus balik kerana ada hal yg tidak dpt dielakkan ramai yg kecewa sebab tahu rezeki mungkin berpihak pada aku saat itu..bagi aku andai rezeki tak kemana..
rupa ada konspirasi dalaman..biasalah kalu semua menggunakan kuasa veto kan..lebihkan teman rapat dr peserta yg niat ikhlas utk masuk pertandingan itu..
sewaktu pemenang diumumkan..nama aku disebut tetapi bila mana aku tidak berada disitu mereka merubah pemenang kepada peserta seterusnya..
apa yg aku dengar mereka yg menang tu sebab jadi kaki bodek sebelum pertandinga..ntah lah biarlah itu antara mereka dengan tuhan
dan yg aku dengar  juga hadiah bagi pemenang utama itu hilang..hmm ntahlah mungkin balasan tuhan..kata mereka biasa lah ambik hak org kan..itulah balasannya..aku hanya mampu tersenyum sahaja..bagi aku mungkin ini rezeki dia bukan rezeki aku..insyaallah ada mungkin allah taknak aku rasa riak andai aku menang..mungkin ada sesuatu yg lebih besar menanti dihadapan tidak siapa yg tahu,,insyaallah allah sayangkan aku sbb itu dia beri ujian begini..
apa pun aku happy sebab ada kawan2 disisi , keluarga yg takpenah penat bagi semangat dan buat dia yg sentiasa ada disaat aku ssh..semangat dia buat aku terus berdiri diatas kaki sendiri.sesibuk apapun dia..takpenah dia lupa akan ku..sbb itu sy sayang :)
dan ini ada gambar utk tatapan kengkawan di blog ini 

gambar yg di ambil ala-ala studio gitu oleh pa pa din 
ada yg kata muka aku macam barbie doll
xde rasanya huhu

wajah close-up saya..MUA saya ada kak FARRA 
serius sgt cantik make-upnya..
sampai kak farra booking aku utk setiap event.
ini gambar saat aku catwalk bersama MUA belakang tu lah mua sy..comelkan..
kakak yg sporting best keje dgn dia..
semua mua yg sy kenal semuanya best dan sporting siap jadi kakak sy lagi..

Monday, August 27, 2012

alhamdulillah

alhamdulillah hampir genap 4 bulan internship aku di sini..masih berbaki 2 bulan sahaja lagi aku sebagai seorg pelajar pratikal di FNR Management Sdn Bhd..banyak aku aku pelajari disini,..walaupun pada mulanya aku seperti tidak boleh terima utk ber"internship" disini tapi atas kehendak allah segalanya tetap aku lalui dgn tenang..hari-hari penuh dgn tanggungjawab sebagai pekerja,,di FNR kami tidak dianggap sebagai pelajar pratikal tetapi dianggap sebagai pekerja disini..umpama kami adalah staff kekal di company ni..FNR adalad sebuah company yg melakukan service tentang audit,accounting,secretary, dan tax..alhamdulillah hampir semua nya aku pelajari,..yelah tanpa diduga bukan semua yg kita nak kita akan dapatkan..allah memberi mengikut kemampuan umatnya..alhamdulillah aku terima segalanya dengan tenang dan sabar..di sini banyak bersaba dgn ujian-ujian yg dtg..aku belajar bagaimana utk manage segalanya..memang impian aku untuk bekerja di audit firm telah lama ditanamkan dlm hati jadi bila dapat peluang takkan aku lepaskan..alhamdulillah sgt happy bila bidang yg kita suka kita dpt buat..lagi-lagi benda yg kita tak belajar seperti secretary tapi aku belaja disini..dr tak kenal setiap borang itu utk apa tapi kini insyaallah aku akan ingat apa yg aku belaja...bos aku selalu kata jgn hafal tapi belaja faham pasti kita akan kita sampai bila2..impian utk memiliki audit firm sendiri makin meninggi..insyaallah andai ada rezeki dr allah segalanya akan menjadi kenyataan..apapun aku haru habiskan baki 2 bulan lagi utk internship ini dengan jayanya...doakan kejayaan ku ini..apa pun yg berlaku aku yakin allah sentiasa bersama kita semua..insyaallah :)

mampukah aku??



Mampukah aku menjadi seperti Khadijah.?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah.?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga

Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka.?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..

semua drNya

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 

hanya mampu berbicara

Kau bicara kau pinginkan syurga hakiki
tetapi...
Kau tidak rela menceraikan dunia yang mimpi

Kau bicara kau mahukan Muhammad si suami
tetapi...
Kau tidak tegar seberani Khadijah si isteri

Kau bicara kau mendamba hidayah Ilahi
tetapi...
Kau tidak rakus membuka pintu hati

Kau bicara kau buntuh kasih abadi
tetapi..
Kau tidak mencintai  kekasih Yang Esa ini

Kau bicara kau perlukan masa lagi
tetapi..
Kau tidak menyedari maut sedang menanti

Kau bicara tetapi itu tetapi ini
Kau bicaralah 'tetapi' sehingga kau tiada lagi.

andai ini adalah yang terakhir

Mandikan aku dengan kesyukuran agar dapat aku sentiasa berterima kasih kepada Tuhan.
Kafankan aku dengan keinsafan agar dapat aku sucikan segala dosa silam.
Solatkan aku dengan ketenangan agar dapat aku tidur di kubur senang lenang.
Usungkan aku dengan kekuatan agar dapat aku tempis segala bisikan syaitan.
Tanamkan aku dengan kecintaan agar dapat aku curahkannya kepada Pencipta alam.


aku sudah tidak punya masa untuk lakukan itu semua sendiri
aku sudah tiada lagi di dunia ini
hidup aku sangat singkat
ya, hidup manusia sangat singkat

aku malu
sepanjang hidup aku
jarang sekali aku bersyukur kepada Tuhan atas nikmat yang diberi sebanyak infiniti
aku diberi banyak kelebihan
tapi aku riak, aku bangga, aku sombong, aku bongkak

aku malu
sepanjang hidup aku
tidak pernah aku insafi segala dosa yang aku lakukan baik dalam gelap mahupun terang
aku buka juga aib dosaku pada umum
segan tiada
ahh.. insaf jauh sekali

aku malu
sepanjang hidup aku
ketenangan bagiku hanya satu perkataan yang tidak pernah hadir dalam kitab hidupku
aku dikenali
kekadang aku disanjung tinggi
tetapi itu semua tidak dapat memberikan aku apa yang aku cari-cari dalam hidupku
yakni ketenangan di hati

aku malu
sepanjang hidup aku
sungguh aku sentiasa lemah telah rebah tunduk tanda tiada kekuatan di hati
bisikan syaitan yang hanya sekadar bisik
aku amati rapi
sehingga lemas dalam lautan maksiat keji

aku malu
sepanjang hidup aku
perasaan cinta yang dikurniakan oleh Rabb aku curahkan pada makhluk yang aku tahu tidak kekal abadi
aku sanjung meraka itu
aku cinta manusia ini
aku lupa akan Allah adalah cinta sejati

jika aku punya masa lagi
aku tidak perlukan wasiat ini
akan ku lakukan itu semua dengan sendiri
tapi semua itu tiada guna
sudah terlambat untuk suatu penyesalan
aku juga sudah tahu kesudahanku di neraka jahanam
 
wasiat itu bukan untukku
tetapi buat teman yang dipilih olehNya mempunyai hidup yang panjang
sediakanlah bakal jenazah teman dengan wasiat itu
sebelum wasiat itu bertukar tangan
kerana pada saat itu
wasiat hanya akan bertukar penyesalan..


'Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan.'

jika aku...


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasihMu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah
Jika aku jatuh hati kepada kekasihMu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu

Amin
Ya Rabbal Alamin..

Wednesday, August 15, 2012

senyuman itu telah mati

saat menaip entry ini hati dan perasaan ku sgt stabil dan ia bukan lah mengikut emosi ketika menaip cuma tahap kesihatan yg kurang memberangsangkan sahaja..sakit seperti sudah sebati dgn diri sejak awal tahun lagi dengan diri ini..seperti isi dengan kuku sukar utk dipisahkan..seperti title yg telah dilakarkan oleh ku ia adalah kenyataan yg harus aku terima saat ini..senyuman telah mati di bawa pegi buat selamanya..andai kalian melihat aku tersenyum saat ini bukanlah dr hati yg tp hanya memenuhi kehendak apa yg berlaku di sekeliling..
allah lebih mengetahui apa yg berlaku..keredhaan mula terasa..apa yg pasti di saat dan ketika ini hati ku amat-amat terasa kosong dan sgt kosong seperti aku tidak punye apa-apa lg...
ia seperti mati..seperti apa utk diungkapkan juga aku tidak tahu.mungkin allah telah menarik sedikit nikmat kehidupan drku mungkin tapi mengapa allah tidak mengambil nyawa ku sahaj kerana kehidupan ini makin perit utk ku tempuh,,terasa seperti sia-sia dan aku terasa aku adalah umat yg tidak layak dipilih utk melihat keindahan pentas dunia ini...maafkan aku ya allah andai lalai dr segala segi..
kesilapan itu pastinya dtg dr aku,,atas sebab itu terlalu banyak dugaan dr mu ya allah setiap saat ku xmampu rasanya utk dilalui..kau ambil setiap insan terpenting dalam hidup ku perlahan-lahan..
saat aku bergantung harap pada seseorg kau ambil dia setelah kau beri dia utk kekuatan aku berdiri..dimna silap salah ku kau ambil dia semula..aku kehilangan separuh kehidupan ku untuk meneruskan hari-hari ku
tidak mungkin akan ku patah kebelakang semula utk mendapatkan segalanya kerana bagi ku yg berlalu biarkanlah berlalu..pasti ada kehidupan yg indah sedang menanti ku di hadapan sana walaupun tidak pasti..
yg sangat pasti di waktu ini adalah mula menanam kebencian dalam diri pada mu..maaf di mintaa ini terpaksa ku lakukan buat2 benci..dan buat dikau membenci ku adalah satu yg tidak mahu ku lakukan tetapi terpaksa di lakukan utk kebaikan bersama..kerana kita di dunia yg berbeza..kau terlalu tinggi utk aku gapai dan engkau adalah insan yg sangat sempurna..aku terasa sangat kerdil utk berada di samping mu wahai insan bergelar lelaki..doakan ku takkan pernah putus buat mu sentiasa..
untuk kali ini aku kunci pintu hati ku semula..keraskan hati buat selamanya..tidak akan ada perkataan CINTA lg dlm hidup selepas ini..yg hanya adalah cita-cita yg pasti aku gapai disaat ini..tidak adalah isu perasaan akan di ungkit lg selepas ini..kerana ia tidak ada di dalam list kehidupan ku lagi..cuma aku ingin kau tahu wahai insan bergelar lelaki bahawa engkau adalah satu-satunya lelaki yg berjaya buat aku tersenyum dan menangis dlm waktu yg sama..kau sentiasa ada di saat aku perlu kan dikau..kau sentiasa memberi perlindungan dan bahu mu utk ku..kau buka mata ku tentang kehidupan..kau adalah anugerah terindah dalam hidupku..untuk melupakanmu tidak ada dalam kamus hidup ku..cuma aku bukan wanita terbaik utk dikau wahai insan bergelar lelaki..pasti ada wanita sesempurna mu yg allah jadikan ..semoga kau diketemukan suatu hari nanti..insyallah..dan aku berjanji untuk tidak berdiri dihadapan mu utk masa akan dtg kerana aku akan lenyap dr pandangan mata mu buat selamanya..cuma izinkan aku terus meletakkan dikau di hati hingga tiba saat allah beri jodoh yg sah buat ku..

maaf dari ku buat diri mu..

Wednesday, July 25, 2012

Allah Penentu Segalanya



Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah.
Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.

Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat dengannya.

Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi.
Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang 'dia' sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah SWT ini,

 Walau bukan di dunia yang fana ini, insya-Allah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.


Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya.
Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup.

Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.

Wednesday, June 20, 2012

15/6/2012

i luv the day and hate my self..
thanks to him always being in my lifew
ah berspeaking london aku..hahah kene pratice sbb next year mau stay sana..
ok2 well done wani lalala

on that date adalah bufday dia yg ke 25..tetttt hahah awak dah tua ok..
walaupun bukan org pertama yg wish but sy adalah org terakhir yg wish dia..
boleh camtu
ahh boleh aje...sbb kalu jd org pertama maybe tak seindah org terakhir
hanya aku yg faham maksudnya :)

walaupun dia tidak di sisi sentiasa dia tetap di hati kerana apapun yg aku lakukan takpernah sekali pun
lupa kan dia..sbb dia selalu ada tanpa nmpk dr sudut pandangan..wahhh hebat kan dia..

cuma
sukar utk di luahkan disini..bagaimana cara nak buang awak dr hati nie..sbb sy nak pegi jauh2 tapi ssh lorrrr

haiyakkkk

dan yg paling tak di sangka ot that date semua org call,masej,inbox kat fb tanya bila nak bertunang..sampai ada yg marah2 kata nak bertunang tak jemput..siap ada yg tacing2 lagi..haiyakkk..bial pulak lah sy nak bertunang..secara officiallynya..sy belum tunang..maybe ahad yg lalu org lain yg bertunang..kalu sy bertunang pasti sy invite semua kengkawan sy :)

ok mau gi mengedate sama mr bucuxx..daaaa

Tuesday, June 5, 2012

that' me

actually tak tau nak taip apa..tapi disebabkan bosan walaupun ada kerja tetap xleh nak ilang bosan ini..
baru MC sehari rasa mcm nk MC hari2 je..damn bored sbb aku sorg je dak intern yg dtg hari ni..mmg terbaik diorg MC xajak huhuhu...
mcm biasa manusia xde hati mcm aku buat xtau jelah apa yg berlaku di sekeliling..focus je apa yg perlu
bila org tkde hati jd mcm ni lah
buat apa pun mcm xde perasaan..
bila dia dh bwk pegi hati aku..jiwa mmg kosong babe
bila org ckp pasal relationship ni aku buat xfaham jew
walhal hati dah xde

malam smlm umi ajak jumpa sbb nk discuss mengenai event yg aku kene buat utk final project b4 aku hbs stdy..
my dream insyaallah come's true
mahu ke korea..heheheh
ok yg aku tau umi kata nk celebrate bufday kak ila..so aku sebenarnya xlarat sbb kepala berat sgt..
tp pegi jugak sbb pasal korea ku itu :)
then shaq ambik aku kat umah..sampai Uncle K tgk ada kak fiza , en syam , kak ila ngan umi..
yg kak fiza ngan kak ila aku tau diorg dtg yg tak tau en syam..huhu
iala lah kalu dah jumpa en syam cm tempat tu kitaorg berdua yg punyer..asyik nk gaduh je..huhu
sabar jelah
since aku dtg en syam mengusik sampai dia nak balik aku kene..ilang sakit jap asyik gelak je sambil kene buli ngan en syam huhuhu
actually en syam baik tp selalu bertekak ngan aku..xtau apa kes asal jumpa nak gaduh :p

the best part bila aku suapkan kek kat en syam..ceh bak kata umi mcm situasi kat stong dulu masa en syam suapkan aku..huhu
apapun thanks sebb sudi celebrate bufday sy ye kengkawan..thanks buat shaq,umi,en syam n kak fiza utk celebrate bufday sy n kak ila....
 :)
walaupun sakit tetap tersenyum walaupun senyuman itu kosong..thanks semua :)

Tuesday, May 29, 2012

holiday trip

aku mula planning untuk bercuti ke luar negara..
yeahh next is indonesia
ke bandung
ok semalam jumpa travel agent
then tgk2 harga
insyaallah xde aral melintang
awal november
aku akan berangkat ke sana 

skrg dah ada kawan kat bandung..so senang lah sikit nak berjalan nnty :)

the long planning
b4 presentation 
perlukan lepaskan tekanan
semoga segalanya berjalan dgn lancar
dan sambil tuu tgh nak  buat proposal ke KOREA
ya allah dah membayangkan aku ke sana..doakan segalanya berjln dengan lancar
 lps korea akan planning buat umrah itu impian aku sbb nak buat umrah lps degree
insyaallah..

apa pun aku akan pastikan KOREA adalah the best trip under aku
insyaallah moga2 dipermudahkan allah :)
takpenah buat event besar kene buat sungguh2,,..

ya allah permudahkan segala urusan ku ya allah 
aminn

penantian

wah hampir sebulan aku intership..esok genap sebulan pada 31/5/2012
huh lamabat juga masa berjalan utk habiskan masa sebulan ni..
bila time study bukan main lagi masa cepat je bergeraknya 
bila intern ni bukan main lambat lg..huhuh

tapi tahap kesabaran yg tinggi amat diperlukan
ye saya jd seorang yg penyabar itu since dia tiada disisi
sifat penyabar menjadi peneman setia dan juga sahabat karib
kerana dia yg selalu buat aku jd seorang penyabar
kini tanpa dia di dunia reality dia tetap ada disisi sebagai penaman walau hanya di dunia fantasi
tidak penah rasa sunyi kerana sentiasa rasa dia ada disisi..lena malam ditemani dia
kehidupan harian tetap sama dgn adanya dia

terasa mcm pelik kalu di dengari tapi itu yg pasti
bukan tidak ada yg hadir saat dia tiada disisi
tapi hati ini seperti telah terikat dan tertutup hanya utk dia
dan sampai ada yg ingin masuk meminang hati aku seperti KOSONG
maaf bukan tidak dibuka hati ini tapi ia terasa seperti tidak punye perasaan

mungkin dia pergi bawa hati ini sekali 
apa yg perlu aku buat kini
hanya menanti itu yg pasti
kuatkah aku?
insyaallah selagi allah menjaga aku 
selagi kenyakinan terhadap tetap utuh
akan aku tggu

di mana pun awak berada saat ini 
sy nak awk tahu yg saya akan menanti awak..
walaupun org di sekeliling sy tidak menyukai sy menanti awak
sy tetap akan tggu awak


 

Sunday, May 27, 2012

ujian allah

allah beri ujian kerana yakin hambanya kuat utk menempuh segalanya
tp kadangkala aku terpikir
kuat ke aku sampai allah sentiasa beri ujian
allah terlalu syg kan aku ke?
mungkin 
tapi kadangkala aku hampir tersungkur utk tempuh ujian-ujian yg diberi
kadangkala allah seperti tidak adil tp aku cepat2 beristifar 
jika dulu saat aku slh allah dgn takdir yg harus aku tempuh 
terasa seperti ingin mati
tapi sgt allah kirimkan dia..terlalu banyak nasihat yg aku terima 
terasa dia seperti tuhan..mungkin itu slh satu perantaraan antara aku dan tuhan
saat aku terasa kuat saat adanya dia..allah uji lagi bilamana allah hilangkan dia dr sudut pandangan ku saat ini..
aku hilang arah seketika saat hilangnya dia
tp kata-kata, semangat dia, sentiasa ada dlm hati ini..
apa saja yg ingin aku lakukan tkpernah sekali lupa akan dia..
walaupun dia tidak ada disisi tp suara,senyuman,semangat serta kekuatan dia tkpernah hilang dr hidup ini

allah telah tetapkan segalanya moga ia adalah terbaik utk ku dan dikau..

rindu

lamanya tk update 
latest pun update lagu je..
like my title 
that real what im feel rite now

genap sebulan lama nya 
dia senyap tanpa khabar berita
dimanakah dia?
kemanakah dia?
aku sendiri tidak pasti

aku sendiri ambik keputusan utk senyapkan diri 
mungkin ini yg terbaik
walaupun menjerat diri dan hati

aku tak rasa sakit cuma aku hilang diri 
sejak perginya dia
mungkin ini yg allah mahukan dr aku

allah pinjamkan dia utk buat aku rasa tenang
dia pelengkap hidup aku
dengan dia aku jd diri sendiri
dia seperti pantulan diri aku sendiri 
terlalu banyak persamaan antara kami
aku senang dengan dia
apa yg pasti dengan seperti aku ckp dgn diri sendiri..
aku tak perlu simpan2 dlm hati
luah apa yg aku mahu
tp bila allah ambil dia semula dr sudut pandangan aku
aku rasa kosong..sunyi..
itu yg aku rasakan
cermin pantulan itu seperti pecah berderai tanpa aku sedari
mungkin allah hanya menguji aku
samaada aku kuat atau tidak
insyaallah aku mampu hidup tanpa seorg lelaki tetapi dia 
umpama cermin bayangan aku versi lelaki yg sukar utk di tukar ganti

itu yg pasti 
setiap yg hadir takkan sama seperti dia
aku cuba
tp ia sgt sukar..mungkin sbb tidak punye persamaan
tidak akan  ada penggant dia mungkin utk selamanya


di setiap sujud 
di setiap langkah
di setiap getar jantung
tidak pernah lupa akan dia
nama dia tidak pernah padam buat selamana
insyaallah

di setiap doaku
tidak pernah putus utk dia

wahai hati kuat lah di kau sentiasa,..
allah penentu segalanya 
 
 
 

Thursday, May 24, 2012

dia

••►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian..

Tuesday, May 22, 2012

buatku disana

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya Tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku di sana

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati

Sunday, May 6, 2012

DALAM SEPI ITU




Kembaliku mengingatimu
dan hati menjadi rindu
aku terperangkap dalam diri
aku terperdaya oleh mimpi
aku dikejar bayang-bayangmu
keterpaksaan menyiksaku
lama ruang hati kekosongan
lama aku menangis sendirian
lama itu hanyalah hitungan masa
namun kenangan indah antara kita
tak pernah luput diingatan

Thursday, April 26, 2012

L O L

i have no idea but still need to write something in my life

huh berhabuk kau english aku hahaha

wanie wanie

apapun nak menaip juga

saje nak pratice ok ke tak typing aku ni

yelah nak ke intern kann nnty mesti nak menaip kerja2 yg sepatutna
ya so belaja dr sekarang

pasni selama 6 bulan aku pasti kene tinggal kan tabiat on9 FB,,BBM..TWITTER akuu

haiyakk

termasuk mengadap blog tercinta

waaaaaa

but in the same time i can manage life without him

hmmmm

 im try my best 

yeahh i will

go for it

walaupun aku dah mula rindu dia bila 3 hari x berBBM hambik kau

baru tiga hari dah meroyan camni

camno 6 bulan nie..huhu

bye2 awak yg tersayang 

u always in my heart :)

luv u lalalala

Monday, April 9, 2012

hmmm


saya ambik photo ni dr http://geemus.blogspot.com/ 
atas sebab kata itu terkesan di hati

bersyukur dengan apa yg di beri itu indah
memohon agar di berikan yg terbaik 
agar ia ikhlas di hati 

terima dugaan yg datang dengan tenang 
agar tidak terkesan di hati

tersenyum dengan rintangan yg datang
walaupun ia amat menyakitkan

apa yang terjadi ia tetap di hati
selamanya

melupakan dia tidak ada dalam kamus hidupku 



Sunday, April 8, 2012

mimpi itu mainan tidur

dia muncul lagi dalam mimpi ku 
kalu sebelum ini aku hanya melihat senyuman dia
kali ini dia berkata sesuatu padaku
kadangkala aku cuba abaikan mimpi2 yg bertandang tp kali ini 
suaru itu terngia-ngia di telinga ku

istikharah telah aku lakukan ye mmg dia juga yg muncul dalam lena ku
cuma aku tidak meletakkan harapan padanya 
kerana apa yang berlaku di masa hadapan tidak kita pasti

mimpi itu buat aku terpikir apa kah maksud di sebalik kata-katanya
aku sendiri tidak tau adakah ia mainan tidur atau tidak..
kata orang andai bermimpi sebelum subuh ia adalah datangnya dr allah
andai bermimpi selepas subuh datangnya dr syaitan

saat aku sedar dr mimpi itu 
azan subuh belum lagi kedengaran dan masa saat itu sekitar 5 lbh pagi
aku menanti subuh menjelma
aku anngap ia hanya mainan tidur

tapi hingga saat ini kata nya masih terngia-ngia di telinga ku
ya allah berikan aku petunjuk mu 
saat ini hanya allah tempat aku mengadu 

aku mula menjauhkan diri aku dr dia 
tapi lagi aku cuba menjauhkan diri dia menjadi lebih dekat padaku
aku cuba buat dia bencikan aku
tapi apa cara terbaik saat ini aku sendiri tak pasti

walaupun kata-kata itu hanya mimpi tapi ia sgt segar di ingatan sy saat ini
awak kata " kenapa tinggalkan saya?"
hmmmm
adakah awak rasa apa yang ingin sy lakukan
yeah lupakan awak..buang kenangan antara kita...dan pergi jauh dr hidup awkk
itu mmg ingin sy lakukan cuma kekuatan itu tidak muncul lagi

awak kekuatan saya saat ini..




Tuesday, April 3, 2012

Wednesday, March 21, 2012

when u say this song for me..

21 march 2012

yeay date ini akan jadi kenangan terindah buat diri saya..insyaallah
dan harap buat awak juga
thanks sudi luangkan masa untuk saya
haha ayat awak..lalala
apa pun ia adalah hari yang paling indah dan best walaupun saje buat2 merajuk :P
awak buat senyuman kembali di bibir saya
solat magrib sesama lain bilik heee
tengok wayang "7 petala cinta" film
sambil sesi suap kentang lenyek oleh awak ke saya sebab saya sgt focus ke skrin besar tu..
pastu kita
menapak ke booth "baskin robbin" satu cup kongsi dua orang dan sesi suap menyuap lagi..so sweet OK
mencari kedai akan sebab tak kenyang makan baskin robbin heee
then kita masuk masuk kedai ayam penyet
belaja2 mencuba makanan indonesia sebab awak kata senang nanty bila awak bawak saya gi sana..
hmm yelah tuu bawak ker? ntahlah
hahaha
dah tu suruh saya belaja bahasa jepun lagi..awak kata senang sebab nanty nak bawak gi sana..
hmm ye ker..moga-moga betullah
time makan cite2 tentang family..
yeah im happy with u..
takkan nak tunjuk depan awak segan.lagi boleh tanya direct kan..
awak ni dah tau saya "pemalu"
hahah
then akak kedai makan tu tunggu masa nak halau kita sebab lama sangat hahah
kelakar jer,..
bayar parking..naik kete saya sambil mencari kete awak..haha kelakar jekan time tu :p
last lepas awak bayar parking masuk kete saya balik
this part mmg sedih ok..sebaik saya tk nangis ;p
on this part tak tertulis sebab ia sgt sweet memory ok..
i keep always in my heart

yeay sampai rumah..
kita BBM lagi..haha
ok kata awak tido lena2
comfrm lah saya lena tidokan..haha
then saya kata awk pun tido lena2..jgn msuk dlm mimpi saya tau..but cmfrm sy ada dalam mimpi awak..lalala
hahaha
awak gelak jer..
awk awk
ok end story..

i will keep this in my sweet memory
n u know what
thanks being part of my life

Monday, March 5, 2012

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. 
Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

Saturday, March 3, 2012

aku,dia dan allah

assalammualaikum
taktahu nak mula bagaimana
tetiba fikiran jd sgt serabut dan sepatutnya aku tgh mengulang kaji utk final exam tp tetap nak menaip sbb nak luahkan juga sblm jd lebih parah..ahaa mungkinlah 


hendak berbicara soal jodoh
yeahh kali ni mungkin lebih serius dr sebelum2 nie
apa yg aku baru tahu adalah satu fakta yg dtg dr Dr fadilah kamsah
yg remaja berumur 21-25 thn tidak akan berkawen andai diantara umur itu tidak punyer pilihan lagi
ini bermakna aku telah menglangkau ke peringkat itu dan hmmmm
kata ustaz 'skrg umur awk dh 24 kan jdnya awk tkkan berkahwin sampai umur 25 nnty..
mungkin jodoh awk di antara 26-30...
dan aku saat tu hanya mampu tersenyum
tp dalam hati hanya allah yang tahu segalanya


saat ini aku hanya mampu berdoa 
dan saat ini juga aku terpikir yg dia mungkin bukan utk aku
mungkin perkenalan kami hanya persinggahan sahaja yang ditulis olehNya utk aku dan dia mengenali tentang kehidupan ini...


andai benar ia cuma satu persinggahan 
aku cuba belaja utk terima walaupun payah bagi aku sendiri
aku ingin dia tahu yg aku dah mula letakkan dia di hati ini
dan andai takdir menentukan yg dia bukan utk aku
aku juga nk dia tau aku tetap letakkan dia di hati ini sampai satu saat dia menikahi seseorg akan aku cuba simpan segalanya di dasar hati yg paling dalam..


mungkin ini adalah kejadian allah yg telah di rencanakan agar kehidupan seseorg itu ada suka dukanya
merasa sakit,gembira bagi setiap umatnya
terima kasih ya allah


aku juga memohon agar impian aku utk keluar negara menjadi kenyataan
agar mudah utk melupakan dia buat selamanya
walaupun aku tahu dia tidak izinkan..
andai dia tahu apa yg aku rasakan skrg ni alangkah sakitnya


aku belaja terima kenyataan yg dia hanya akan bersama di alam mimpi sahaja bukan di alam reality kehidupan aku..
belaja terima kenyataan dr sekarang..
aku akan mula jarakkan perhubungan ini 
insyaallah belaja kuatkan hati walaupun amat payah buat aku 


awk, andai awk terbaca ini sy nak awk tau yg hati saya tidak akan ada utk lelaki lain selagi allah mengizinkan sy terus meletakkan awk di hati ini..kerana sy bukanlah org yg mudah menukar ganti rasa, serta perasaan ini utk org lain..
insyaallah sy tetap letakkan awk di hati ni


sy juga memohon padaNya biarlah sy menghembuskan nafas yg terakhir dalam masa terdekat ini
walaupun sy tahu ia tidak akan menjadi kenyataan selagi allah tidak mengizinkannya
hanya dgn kejauhan mungkin dpt buat kita mempunyai jarak
sy akan lakukan apa saja kalu itu blh buat rasa ini kurang sakitnya
biar awk taktahu
biar saya yg rasanya bukan awk..


buat masa ini izinkan sy terus meletakkan awk di dalam hati ini yg paling atas
kerana dgn pinjaman awk dr allah pada sy membuatkan sy lebih kuat..
menjadikan sy seorg yg tabah, dgn awk sy dpt ketenangan yg tidak pernah rasakan sblm ini..
dengan awk, sy mula kenal kehidupan ini dgn lebih lagi
dengan awk, sy mula nmpk kwn dan lawan yg sebenarnya..
dgn segala nasihat awk buat sy lebih mengingati allah dgn kerap dan sentiasa memohon padaNya 
awk buat sy muka dan sedar segalanya..terima kasih 


awk tidak akan pernah hilang dr hati  dan ingatan sy

awk akan sentiasa hati ini sampai waktu yg memisahkan segalanya..andai tertulis yg sy bukan pasangan dr tulang rusuk awk..sy redha dgn ketentuan ini..
apa pun sy akan sentiasa mendoakan awk seperti selalu..andai masih sempat sy memohon agar awklah yg akan meminpim sy ke al jannah..akan sy usahakan walaupun sy tahu allah telah tulis di dalam kitabnya siapa jodoh sy..


sy memohon allah temukan sy dgn seseorg sebaik awk utk pimpin sy ke pintu syurga serta yg akan beri didikan agama yg sempurna buat sy satu hari nnty..
awk maafkan segalanya selama ini ye..