Saturday, February 25, 2012

alhamdulillah

alhamdulillah rezeki drNYa
tidak sia2 usaha yg di berikan
komitmen yg aku berikan utk ni berbaloi dgn kemenangan yg aku sendiri tk duga
mungkin ini adalah permulaan yg terbaik buat aku 
insyaallah 
aku akan lakukan yg lebih baik di masa akan dtg
usaha adalah tangga kejayaan

dari mula masuk contest SG ni aku mmg meletakkan harapan utk menang
sebab??
ye aku nk menang sbb aku nk buktikan yg aku mampu
aku nk buktikan sebab aku nk org sekeliling aku bukak mata
yg aku terjun ke bidang modelling bukan kerana suka2
ia dtg dr hati yg ikhlas dan aku mampu utk buat yg terbaik

aku juga ingin membukti pd semua org,, aku yg tidak ada apa2 dr segi luaran ini mampu pegi jauh dgn usaha yg berlipat kali ganda utk berjaya..
insyaallah selagi allah, ibu bapa, keluarga serta dia yg sentiasa ada utk beri kata semangat serta dorongan aku akan teruskan uasaha aku utk berjaya
dlm bidang aku ceburi 
yg pasti accountant akan berada dlm tangan suatu hari nnty
insyaallah
akan diusahakan 

nak kongsi gambar yg buat aku berada di tempat pertama

week 1
 week 2

week 3


week 4

week 5

week 6

week 7

week 8

week 9
this my final week
alhamdulillah kejayaan yg dtg dr allah

now nak tuntut hadiah dr mr querida sy heee
janji nk bg hadiah kalu sy menang 

:)




Sunday, February 19, 2012

kerana ini adalah aku

Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU

kerana aku adalah aku
aku juga mengharap pasangan aku akan merima aku seadanya seperti yg di jadikan olehNYa

Saturday, February 18, 2012

Wednesday, February 15, 2012

Sebaik-baik wanita adalah;
yang apabila diberi sesuatu, dia bersyukur
dan bila tidak diberi apa-apa, dia bersabar..
yang menyenangkan hatimu
bila kamu melihatnya..
dan mentaatimu
bila kamu menyuruhnya..

Sunday, February 12, 2012

mungkin bukan jodoh kita

mungkin bukan jodoh kita
saya belaja terima kenyataan hidup yang allah tentukan
saya tak ikhlas terima semua ni..
sebab saya nak awak tahu yang saya dah sayangkan awak
bila saya dah sayang bermakna tidak akan ada orang lain dalam hati saya
cuma saya menyerah pada takdir ilahi yang awak bukan untuk saya
walaupun apa pun saya tetap akan berdoa agar awak adalah untuk saya
disetiap sujud saya hanya ada nama awak
tapi kenapa allah uji saya begini 
allah beri awak pada saya hanya untuk seketika
kenapa bukan untuk selamanya
kenapa allah hanya pinjamkan awak
kenapa?!!!!
awak sampai sungguh hati awak buat saya begini
saya rasa awak sangat kejam
walaupun ini mungkin dah tertulis sejak azalinya
tapi saya tidak boleh terima kenyataan ni..
saya cuba jadi sabar dan tabah macam yang awk minta
saya lakukan awak yang inginkan
tapi........
terasa macam sia2 je pengorbanan yang saya lakukan walaupun niat saya utk allah
tapi segalanya atas nasihat awk
dr seorg yg pemarah saya berubah tabah soerg yg tabah dan sabar
setiap yg saya lakukan pasti saya akan ingat awk
sbb awk sumber inspirasi saya
sbb pengubah hidup sy
mcm mana sy nk teruskan semua ni andai tanpa awak di sisi saya selepas nie
awak 
apa yang rasa mcm satu reality 
kenapalah saya boleh rasa semua nie..
saya rasa tak sanggup kehilangan awak 
tp itu yg saya rasa saat nie
tapi saya nak awak tau yang saya takkan berhenti menanti awak
sampai saat awak tau yang saya sentiasa ada untuk awak
sebab saya sangat yakin awak akan pimpin tangan saya ke al jannah
itu doa saya

yaallah kuatkan hati ku ini tetapkan hati ku ni hanya utk HA 
amin

Wednesday, February 8, 2012

dia

hmm aku tak tahu apa kata hati??
tapi yang pasti terasa ketenangan disitu
walhal fikiran sgt serabut dgn pelbagai benda yg perlu difikirkan
ketenangan dan kesabaran yang diberi buat semangat masih kuat di situ cuma tidak dpt dibayangkan andai pinjaman yang di beri olehNYa diambil semula
aku pasti kehidupan aku akan jadi agak serabut seperti dahulu kala tanpa tiupan semangat dari dia
apa pun aku haris siap sedia akan kehilangan yg akan berlaku
setiap yg berlaku dgn permulaan pasti akan ada pengakhirannya
cuma aku tidah REDHA utk kehilangan itu..
pinjaman yg tuhan beri buat aku berani utk berdiri terus maju ke hadapan dgn dorongan yg kuat
dengan kekuatan yg di beri serta kata-kata yg buat aku kuat..
aku sentiasa mohon di setiap sujud ku agar allah kekal kan pinjaman itu menjadi milik mutlak aku selamanya
agar pinjaman itu mampu buat aku jd wanita yg tabah selamanya yg akan sentiasa bersujud mohon di lindungi sentiasa dan di berkati selamanya hingga akhir hayat nie,
aku hanya berharap allah memperkenankan doa ku ini akan kekal kan pinjamanNYa itu padaku kerana aku tidak inginkan yg lain selain dr pinjaman itu...
hanya pinjaman itu yg mampu membimbing aku kejalan Mu ya allah..
 aminnnn

lirik yang menyentuh hati

Dambaan cinta
Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa
Bertahun andai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin berputik perasaan ini
Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta
Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya
Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hariKan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya

Tuesday, February 7, 2012

Sunday, February 5, 2012

update

lama juga tk berbicara di laman yg dh mula bersawng nieh..
just update2 pertambahan ilmu utk tatapan umum
yeah aku dh masuk ke pertengaham semester yg sgt sibuk dengan lambakan assigment
tak cukup tangan rasanya bila semua lec bg assigment
ingat tangan byk sgt tp REDHA jelah
kita ni student kene lah ikut KATA kononnya
huhuh
cuti 4 hari rasa mcm tk cukup jer nk buat semua dgn nak stdy utk test lg
huh kalu lah otak ni blh save cm ala2 PENDRIVE tu cmfrm best 
heee 
berangan jelah..
walaupun busy tetap curi masa nk update blog tersyg
sbb lama tk menaip nk buat luahan perasaan heee
rindu nak menulis dan terasa best bila dpt menaip sambil buat sesi luahan nie

hmmmm sekarang aku terasa sedikit tenang tak tau kenapa??!!
tapi itu yang aku rasa since aku kenal dia
mungkin allah dh tetapkan dia akan beri ketenangan pada aku..
alhamdulillah kalu itu yg tertulis olehNya
tp itu yg aku rasakan dgn dia, aku rasa tenang dan byk belaja bersabar
bila di pikir2 blk mcm berada dlm mimpi pun ada
entah mungkin segalanya telah di atur sejak dahulu cuma sekarang baru rasa
kalu sblm ni aku byk 'temper' 
sekrg aku blh kawal semua itu dan bila dgn dia aku rasa tenang 
hilang semua marah2 tuu
dia byk bantu aku berpikir 
dan segala bantuan lebih kepada secara 'halus'
kadang kita tak perasan yg dikatakan oleh dia adalah nasihat 
tp bila aku byk beristifar dan berpikir benar kata2 dia 
bykkan bersabar allah akan bantu kita
sejak aku dgn dia..aku byk hbskan masa mengadap ilahi
mohon moga allah permudahkan kehidupan ku ini
terima kepada ilahi kerana pinjam dia utk ku
allah berikan perantaraan yg sgt baik utk aku berubah 
dan aku berubah bukan kerana dia tapi kerana allah
kadang aku terpikir andai allah ambil dia dr aku 
apa yang terjadi...
tapi aku sentiasa mohon yg allah jd dia utk diri ni
moga allah jd dia pelengkap hidup nie
aku mengharapkan dialah yg akan memimpin aku ke al jannah 
moga allah izinkan segalanya
kerana dia sabar melayan kerenah aku 
tahan dgn peragai aku
dan dia belaja faham aku buat aku rasa kami ada keserasian
tp aku tahu allah dah tuliskan apa yg terbaik utk kami cuma terus berdoa dan berdoa
setiap malam aku mohon agar dia di lindungi olehNya
dan aku mula lakukan solat istikharah agar diberi petunjuk 
buat diri ini apakah yg terbaik..
moga segalanya berjalan dgn hendakNya
amin


Doa Memohon Jodoh dan Keturunan yg Baik


Maksudnya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).
Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Bagus juga dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.
Kedua-dua ayat di atas merupakan doa Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah dan memohon jodoh yang baik.
Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.

60 PETUA MENDAPAT PASANGAN

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

SELAMAT BERAMAL