Wednesday, August 29, 2012

pertandingan catwalk di plaza MPK klang

alhamdulillah berkesempatan utk menulis lagi..diberi nafas utk mearasa kehidupan yg mendatang..so entry kali ni nak cerita sikit pertandingan yg aku masuk awal puasa hari tu..ingatkan bulan puasa tk nk join ada show tp dh dipujuk rayu aku pun masuklah.,..
so event tu berlangsung pada 29julai 2012 di plaza mpk klang..pada mulanya aku tak berapa yakin nk join sebab yg masuk agak handal-handal pesertanya tapi dgn keyakinan diri aku mencuba..
berjumpa dengan mereka yg senior byk yg aku pelajari tarik teknik berjalan catwalk dan bermacam-macam lagi..
seronok dan kepuasan dapat aku rasakan bila kali ni aku lakukan penuh jiwa di setiap langkah aku di atas pentas sewaktu dihadapan juri..dengan bentuk wajah yg sepatutnya seorang model international aku buat dengan yakin dan yg tidak ku sangka setiap langkah ku amat lembut seperti ada sesuatu spirit dalm diri ini tidak tau dimana hadirkan aku lakukan dengan sgt sgt yakin..tiba di hadapan juri sgt gementar allah saja yg tahu..tanpa di duga juri terus kata " sayang jaga catwalk u ye..dah cantik but please take care" saat tu aku rasa seperti org bersalah kerana aku ingat aku buat salah..bayangkan bila tempat tu dipenuhi dgn org ramai dan ditegur begitu dan bilamana mak aku juga ada disitu..
rupa teguran itu ada pembakar semangat yg tidak ku tahu..bila kali kedua aku perlu lakukan catwalk utk individu juri dah bagi tahu pengajur ingin aku buat benda yg sama seperti mula2 aku catwalk..waktu itu mmg sgt gementar bila mana semua mata tertumpu pada aku dan juri meletakkan harapan 100% pada aku walhal ada 34 perserta lain tetapi harapan yg besarnya pada aku..ya allah tuhan saje yg tahu perasaan saat itu..
alhamdulillah waku buat yg terbaik semuakerana allah
bila semua bercakap tentang aku..aku jadi tak menentu sampai MUA kata cmfrm hanie menang..waktu aku tak letakkan harapan yg tinggi sebab aku tau yg aku masih baru..
bila diakhir penghujung aku terus balik kerana ada hal yg tidak dpt dielakkan ramai yg kecewa sebab tahu rezeki mungkin berpihak pada aku saat itu..bagi aku andai rezeki tak kemana..
rupa ada konspirasi dalaman..biasalah kalu semua menggunakan kuasa veto kan..lebihkan teman rapat dr peserta yg niat ikhlas utk masuk pertandingan itu..
sewaktu pemenang diumumkan..nama aku disebut tetapi bila mana aku tidak berada disitu mereka merubah pemenang kepada peserta seterusnya..
apa yg aku dengar mereka yg menang tu sebab jadi kaki bodek sebelum pertandinga..ntah lah biarlah itu antara mereka dengan tuhan
dan yg aku dengar  juga hadiah bagi pemenang utama itu hilang..hmm ntahlah mungkin balasan tuhan..kata mereka biasa lah ambik hak org kan..itulah balasannya..aku hanya mampu tersenyum sahaja..bagi aku mungkin ini rezeki dia bukan rezeki aku..insyaallah ada mungkin allah taknak aku rasa riak andai aku menang..mungkin ada sesuatu yg lebih besar menanti dihadapan tidak siapa yg tahu,,insyaallah allah sayangkan aku sbb itu dia beri ujian begini..
apa pun aku happy sebab ada kawan2 disisi , keluarga yg takpenah penat bagi semangat dan buat dia yg sentiasa ada disaat aku ssh..semangat dia buat aku terus berdiri diatas kaki sendiri.sesibuk apapun dia..takpenah dia lupa akan ku..sbb itu sy sayang :)
dan ini ada gambar utk tatapan kengkawan di blog ini 

gambar yg di ambil ala-ala studio gitu oleh pa pa din 
ada yg kata muka aku macam barbie doll
xde rasanya huhu

wajah close-up saya..MUA saya ada kak FARRA 
serius sgt cantik make-upnya..
sampai kak farra booking aku utk setiap event.
ini gambar saat aku catwalk bersama MUA belakang tu lah mua sy..comelkan..
kakak yg sporting best keje dgn dia..
semua mua yg sy kenal semuanya best dan sporting siap jadi kakak sy lagi..

Monday, August 27, 2012

alhamdulillah

alhamdulillah hampir genap 4 bulan internship aku di sini..masih berbaki 2 bulan sahaja lagi aku sebagai seorg pelajar pratikal di FNR Management Sdn Bhd..banyak aku aku pelajari disini,..walaupun pada mulanya aku seperti tidak boleh terima utk ber"internship" disini tapi atas kehendak allah segalanya tetap aku lalui dgn tenang..hari-hari penuh dgn tanggungjawab sebagai pekerja,,di FNR kami tidak dianggap sebagai pelajar pratikal tetapi dianggap sebagai pekerja disini..umpama kami adalah staff kekal di company ni..FNR adalad sebuah company yg melakukan service tentang audit,accounting,secretary, dan tax..alhamdulillah hampir semua nya aku pelajari,..yelah tanpa diduga bukan semua yg kita nak kita akan dapatkan..allah memberi mengikut kemampuan umatnya..alhamdulillah aku terima segalanya dengan tenang dan sabar..di sini banyak bersaba dgn ujian-ujian yg dtg..aku belajar bagaimana utk manage segalanya..memang impian aku untuk bekerja di audit firm telah lama ditanamkan dlm hati jadi bila dapat peluang takkan aku lepaskan..alhamdulillah sgt happy bila bidang yg kita suka kita dpt buat..lagi-lagi benda yg kita tak belajar seperti secretary tapi aku belaja disini..dr tak kenal setiap borang itu utk apa tapi kini insyaallah aku akan ingat apa yg aku belaja...bos aku selalu kata jgn hafal tapi belaja faham pasti kita akan kita sampai bila2..impian utk memiliki audit firm sendiri makin meninggi..insyaallah andai ada rezeki dr allah segalanya akan menjadi kenyataan..apapun aku haru habiskan baki 2 bulan lagi utk internship ini dengan jayanya...doakan kejayaan ku ini..apa pun yg berlaku aku yakin allah sentiasa bersama kita semua..insyaallah :)

mampukah aku??



Mampukah aku menjadi seperti Khadijah.?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah.?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga

Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka.?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..

semua drNya

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 

hanya mampu berbicara

Kau bicara kau pinginkan syurga hakiki
tetapi...
Kau tidak rela menceraikan dunia yang mimpi

Kau bicara kau mahukan Muhammad si suami
tetapi...
Kau tidak tegar seberani Khadijah si isteri

Kau bicara kau mendamba hidayah Ilahi
tetapi...
Kau tidak rakus membuka pintu hati

Kau bicara kau buntuh kasih abadi
tetapi..
Kau tidak mencintai  kekasih Yang Esa ini

Kau bicara kau perlukan masa lagi
tetapi..
Kau tidak menyedari maut sedang menanti

Kau bicara tetapi itu tetapi ini
Kau bicaralah 'tetapi' sehingga kau tiada lagi.

andai ini adalah yang terakhir

Mandikan aku dengan kesyukuran agar dapat aku sentiasa berterima kasih kepada Tuhan.
Kafankan aku dengan keinsafan agar dapat aku sucikan segala dosa silam.
Solatkan aku dengan ketenangan agar dapat aku tidur di kubur senang lenang.
Usungkan aku dengan kekuatan agar dapat aku tempis segala bisikan syaitan.
Tanamkan aku dengan kecintaan agar dapat aku curahkannya kepada Pencipta alam.


aku sudah tidak punya masa untuk lakukan itu semua sendiri
aku sudah tiada lagi di dunia ini
hidup aku sangat singkat
ya, hidup manusia sangat singkat

aku malu
sepanjang hidup aku
jarang sekali aku bersyukur kepada Tuhan atas nikmat yang diberi sebanyak infiniti
aku diberi banyak kelebihan
tapi aku riak, aku bangga, aku sombong, aku bongkak

aku malu
sepanjang hidup aku
tidak pernah aku insafi segala dosa yang aku lakukan baik dalam gelap mahupun terang
aku buka juga aib dosaku pada umum
segan tiada
ahh.. insaf jauh sekali

aku malu
sepanjang hidup aku
ketenangan bagiku hanya satu perkataan yang tidak pernah hadir dalam kitab hidupku
aku dikenali
kekadang aku disanjung tinggi
tetapi itu semua tidak dapat memberikan aku apa yang aku cari-cari dalam hidupku
yakni ketenangan di hati

aku malu
sepanjang hidup aku
sungguh aku sentiasa lemah telah rebah tunduk tanda tiada kekuatan di hati
bisikan syaitan yang hanya sekadar bisik
aku amati rapi
sehingga lemas dalam lautan maksiat keji

aku malu
sepanjang hidup aku
perasaan cinta yang dikurniakan oleh Rabb aku curahkan pada makhluk yang aku tahu tidak kekal abadi
aku sanjung meraka itu
aku cinta manusia ini
aku lupa akan Allah adalah cinta sejati

jika aku punya masa lagi
aku tidak perlukan wasiat ini
akan ku lakukan itu semua dengan sendiri
tapi semua itu tiada guna
sudah terlambat untuk suatu penyesalan
aku juga sudah tahu kesudahanku di neraka jahanam
 
wasiat itu bukan untukku
tetapi buat teman yang dipilih olehNya mempunyai hidup yang panjang
sediakanlah bakal jenazah teman dengan wasiat itu
sebelum wasiat itu bertukar tangan
kerana pada saat itu
wasiat hanya akan bertukar penyesalan..


'Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan.'

jika aku...


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasihMu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah
Jika aku jatuh hati kepada kekasihMu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu

Amin
Ya Rabbal Alamin..

Wednesday, August 15, 2012

senyuman itu telah mati

saat menaip entry ini hati dan perasaan ku sgt stabil dan ia bukan lah mengikut emosi ketika menaip cuma tahap kesihatan yg kurang memberangsangkan sahaja..sakit seperti sudah sebati dgn diri sejak awal tahun lagi dengan diri ini..seperti isi dengan kuku sukar utk dipisahkan..seperti title yg telah dilakarkan oleh ku ia adalah kenyataan yg harus aku terima saat ini..senyuman telah mati di bawa pegi buat selamanya..andai kalian melihat aku tersenyum saat ini bukanlah dr hati yg tp hanya memenuhi kehendak apa yg berlaku di sekeliling..
allah lebih mengetahui apa yg berlaku..keredhaan mula terasa..apa yg pasti di saat dan ketika ini hati ku amat-amat terasa kosong dan sgt kosong seperti aku tidak punye apa-apa lg...
ia seperti mati..seperti apa utk diungkapkan juga aku tidak tahu.mungkin allah telah menarik sedikit nikmat kehidupan drku mungkin tapi mengapa allah tidak mengambil nyawa ku sahaj kerana kehidupan ini makin perit utk ku tempuh,,terasa seperti sia-sia dan aku terasa aku adalah umat yg tidak layak dipilih utk melihat keindahan pentas dunia ini...maafkan aku ya allah andai lalai dr segala segi..
kesilapan itu pastinya dtg dr aku,,atas sebab itu terlalu banyak dugaan dr mu ya allah setiap saat ku xmampu rasanya utk dilalui..kau ambil setiap insan terpenting dalam hidup ku perlahan-lahan..
saat aku bergantung harap pada seseorg kau ambil dia setelah kau beri dia utk kekuatan aku berdiri..dimna silap salah ku kau ambil dia semula..aku kehilangan separuh kehidupan ku untuk meneruskan hari-hari ku
tidak mungkin akan ku patah kebelakang semula utk mendapatkan segalanya kerana bagi ku yg berlalu biarkanlah berlalu..pasti ada kehidupan yg indah sedang menanti ku di hadapan sana walaupun tidak pasti..
yg sangat pasti di waktu ini adalah mula menanam kebencian dalam diri pada mu..maaf di mintaa ini terpaksa ku lakukan buat2 benci..dan buat dikau membenci ku adalah satu yg tidak mahu ku lakukan tetapi terpaksa di lakukan utk kebaikan bersama..kerana kita di dunia yg berbeza..kau terlalu tinggi utk aku gapai dan engkau adalah insan yg sangat sempurna..aku terasa sangat kerdil utk berada di samping mu wahai insan bergelar lelaki..doakan ku takkan pernah putus buat mu sentiasa..
untuk kali ini aku kunci pintu hati ku semula..keraskan hati buat selamanya..tidak akan ada perkataan CINTA lg dlm hidup selepas ini..yg hanya adalah cita-cita yg pasti aku gapai disaat ini..tidak adalah isu perasaan akan di ungkit lg selepas ini..kerana ia tidak ada di dalam list kehidupan ku lagi..cuma aku ingin kau tahu wahai insan bergelar lelaki bahawa engkau adalah satu-satunya lelaki yg berjaya buat aku tersenyum dan menangis dlm waktu yg sama..kau sentiasa ada di saat aku perlu kan dikau..kau sentiasa memberi perlindungan dan bahu mu utk ku..kau buka mata ku tentang kehidupan..kau adalah anugerah terindah dalam hidupku..untuk melupakanmu tidak ada dalam kamus hidup ku..cuma aku bukan wanita terbaik utk dikau wahai insan bergelar lelaki..pasti ada wanita sesempurna mu yg allah jadikan ..semoga kau diketemukan suatu hari nanti..insyallah..dan aku berjanji untuk tidak berdiri dihadapan mu utk masa akan dtg kerana aku akan lenyap dr pandangan mata mu buat selamanya..cuma izinkan aku terus meletakkan dikau di hati hingga tiba saat allah beri jodoh yg sah buat ku..

maaf dari ku buat diri mu..