Monday, August 27, 2012

alhamdulillah

alhamdulillah hampir genap 4 bulan internship aku di sini..masih berbaki 2 bulan sahaja lagi aku sebagai seorg pelajar pratikal di FNR Management Sdn Bhd..banyak aku aku pelajari disini,..walaupun pada mulanya aku seperti tidak boleh terima utk ber"internship" disini tapi atas kehendak allah segalanya tetap aku lalui dgn tenang..hari-hari penuh dgn tanggungjawab sebagai pekerja,,di FNR kami tidak dianggap sebagai pelajar pratikal tetapi dianggap sebagai pekerja disini..umpama kami adalah staff kekal di company ni..FNR adalad sebuah company yg melakukan service tentang audit,accounting,secretary, dan tax..alhamdulillah hampir semua nya aku pelajari,..yelah tanpa diduga bukan semua yg kita nak kita akan dapatkan..allah memberi mengikut kemampuan umatnya..alhamdulillah aku terima segalanya dengan tenang dan sabar..di sini banyak bersaba dgn ujian-ujian yg dtg..aku belajar bagaimana utk manage segalanya..memang impian aku untuk bekerja di audit firm telah lama ditanamkan dlm hati jadi bila dapat peluang takkan aku lepaskan..alhamdulillah sgt happy bila bidang yg kita suka kita dpt buat..lagi-lagi benda yg kita tak belajar seperti secretary tapi aku belaja disini..dr tak kenal setiap borang itu utk apa tapi kini insyaallah aku akan ingat apa yg aku belaja...bos aku selalu kata jgn hafal tapi belaja faham pasti kita akan kita sampai bila2..impian utk memiliki audit firm sendiri makin meninggi..insyaallah andai ada rezeki dr allah segalanya akan menjadi kenyataan..apapun aku haru habiskan baki 2 bulan lagi utk internship ini dengan jayanya...doakan kejayaan ku ini..apa pun yg berlaku aku yakin allah sentiasa bersama kita semua..insyaallah :)

mampukah aku??



Mampukah aku menjadi seperti Khadijah.?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah.?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga

Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka.?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..

semua drNya

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 

hanya mampu berbicara

Kau bicara kau pinginkan syurga hakiki
tetapi...
Kau tidak rela menceraikan dunia yang mimpi

Kau bicara kau mahukan Muhammad si suami
tetapi...
Kau tidak tegar seberani Khadijah si isteri

Kau bicara kau mendamba hidayah Ilahi
tetapi...
Kau tidak rakus membuka pintu hati

Kau bicara kau buntuh kasih abadi
tetapi..
Kau tidak mencintai  kekasih Yang Esa ini

Kau bicara kau perlukan masa lagi
tetapi..
Kau tidak menyedari maut sedang menanti

Kau bicara tetapi itu tetapi ini
Kau bicaralah 'tetapi' sehingga kau tiada lagi.

andai ini adalah yang terakhir

Mandikan aku dengan kesyukuran agar dapat aku sentiasa berterima kasih kepada Tuhan.
Kafankan aku dengan keinsafan agar dapat aku sucikan segala dosa silam.
Solatkan aku dengan ketenangan agar dapat aku tidur di kubur senang lenang.
Usungkan aku dengan kekuatan agar dapat aku tempis segala bisikan syaitan.
Tanamkan aku dengan kecintaan agar dapat aku curahkannya kepada Pencipta alam.


aku sudah tidak punya masa untuk lakukan itu semua sendiri
aku sudah tiada lagi di dunia ini
hidup aku sangat singkat
ya, hidup manusia sangat singkat

aku malu
sepanjang hidup aku
jarang sekali aku bersyukur kepada Tuhan atas nikmat yang diberi sebanyak infiniti
aku diberi banyak kelebihan
tapi aku riak, aku bangga, aku sombong, aku bongkak

aku malu
sepanjang hidup aku
tidak pernah aku insafi segala dosa yang aku lakukan baik dalam gelap mahupun terang
aku buka juga aib dosaku pada umum
segan tiada
ahh.. insaf jauh sekali

aku malu
sepanjang hidup aku
ketenangan bagiku hanya satu perkataan yang tidak pernah hadir dalam kitab hidupku
aku dikenali
kekadang aku disanjung tinggi
tetapi itu semua tidak dapat memberikan aku apa yang aku cari-cari dalam hidupku
yakni ketenangan di hati

aku malu
sepanjang hidup aku
sungguh aku sentiasa lemah telah rebah tunduk tanda tiada kekuatan di hati
bisikan syaitan yang hanya sekadar bisik
aku amati rapi
sehingga lemas dalam lautan maksiat keji

aku malu
sepanjang hidup aku
perasaan cinta yang dikurniakan oleh Rabb aku curahkan pada makhluk yang aku tahu tidak kekal abadi
aku sanjung meraka itu
aku cinta manusia ini
aku lupa akan Allah adalah cinta sejati

jika aku punya masa lagi
aku tidak perlukan wasiat ini
akan ku lakukan itu semua dengan sendiri
tapi semua itu tiada guna
sudah terlambat untuk suatu penyesalan
aku juga sudah tahu kesudahanku di neraka jahanam
 
wasiat itu bukan untukku
tetapi buat teman yang dipilih olehNya mempunyai hidup yang panjang
sediakanlah bakal jenazah teman dengan wasiat itu
sebelum wasiat itu bertukar tangan
kerana pada saat itu
wasiat hanya akan bertukar penyesalan..


'Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan.'

jika aku...


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasihMu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah
Jika aku jatuh hati kepada kekasihMu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu

Amin
Ya Rabbal Alamin..