Wednesday, March 21, 2012

when u say this song for me..

21 march 2012

yeay date ini akan jadi kenangan terindah buat diri saya..insyaallah
dan harap buat awak juga
thanks sudi luangkan masa untuk saya
haha ayat awak..lalala
apa pun ia adalah hari yang paling indah dan best walaupun saje buat2 merajuk :P
awak buat senyuman kembali di bibir saya
solat magrib sesama lain bilik heee
tengok wayang "7 petala cinta" film
sambil sesi suap kentang lenyek oleh awak ke saya sebab saya sgt focus ke skrin besar tu..
pastu kita
menapak ke booth "baskin robbin" satu cup kongsi dua orang dan sesi suap menyuap lagi..so sweet OK
mencari kedai akan sebab tak kenyang makan baskin robbin heee
then kita masuk masuk kedai ayam penyet
belaja2 mencuba makanan indonesia sebab awak kata senang nanty bila awak bawak saya gi sana..
hmm yelah tuu bawak ker? ntahlah
hahaha
dah tu suruh saya belaja bahasa jepun lagi..awak kata senang sebab nanty nak bawak gi sana..
hmm ye ker..moga-moga betullah
time makan cite2 tentang family..
yeah im happy with u..
takkan nak tunjuk depan awak segan.lagi boleh tanya direct kan..
awak ni dah tau saya "pemalu"
hahah
then akak kedai makan tu tunggu masa nak halau kita sebab lama sangat hahah
kelakar jer,..
bayar parking..naik kete saya sambil mencari kete awak..haha kelakar jekan time tu :p
last lepas awak bayar parking masuk kete saya balik
this part mmg sedih ok..sebaik saya tk nangis ;p
on this part tak tertulis sebab ia sgt sweet memory ok..
i keep always in my heart

yeay sampai rumah..
kita BBM lagi..haha
ok kata awak tido lena2
comfrm lah saya lena tidokan..haha
then saya kata awk pun tido lena2..jgn msuk dlm mimpi saya tau..but cmfrm sy ada dalam mimpi awak..lalala
hahaha
awak gelak jer..
awk awk
ok end story..

i will keep this in my sweet memory
n u know what
thanks being part of my life

Monday, March 5, 2012

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. 
Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

Saturday, March 3, 2012

aku,dia dan allah

assalammualaikum
taktahu nak mula bagaimana
tetiba fikiran jd sgt serabut dan sepatutnya aku tgh mengulang kaji utk final exam tp tetap nak menaip sbb nak luahkan juga sblm jd lebih parah..ahaa mungkinlah 


hendak berbicara soal jodoh
yeahh kali ni mungkin lebih serius dr sebelum2 nie
apa yg aku baru tahu adalah satu fakta yg dtg dr Dr fadilah kamsah
yg remaja berumur 21-25 thn tidak akan berkawen andai diantara umur itu tidak punyer pilihan lagi
ini bermakna aku telah menglangkau ke peringkat itu dan hmmmm
kata ustaz 'skrg umur awk dh 24 kan jdnya awk tkkan berkahwin sampai umur 25 nnty..
mungkin jodoh awk di antara 26-30...
dan aku saat tu hanya mampu tersenyum
tp dalam hati hanya allah yang tahu segalanya


saat ini aku hanya mampu berdoa 
dan saat ini juga aku terpikir yg dia mungkin bukan utk aku
mungkin perkenalan kami hanya persinggahan sahaja yang ditulis olehNya utk aku dan dia mengenali tentang kehidupan ini...


andai benar ia cuma satu persinggahan 
aku cuba belaja utk terima walaupun payah bagi aku sendiri
aku ingin dia tahu yg aku dah mula letakkan dia di hati ini
dan andai takdir menentukan yg dia bukan utk aku
aku juga nk dia tau aku tetap letakkan dia di hati ini sampai satu saat dia menikahi seseorg akan aku cuba simpan segalanya di dasar hati yg paling dalam..


mungkin ini adalah kejadian allah yg telah di rencanakan agar kehidupan seseorg itu ada suka dukanya
merasa sakit,gembira bagi setiap umatnya
terima kasih ya allah


aku juga memohon agar impian aku utk keluar negara menjadi kenyataan
agar mudah utk melupakan dia buat selamanya
walaupun aku tahu dia tidak izinkan..
andai dia tahu apa yg aku rasakan skrg ni alangkah sakitnya


aku belaja terima kenyataan yg dia hanya akan bersama di alam mimpi sahaja bukan di alam reality kehidupan aku..
belaja terima kenyataan dr sekarang..
aku akan mula jarakkan perhubungan ini 
insyaallah belaja kuatkan hati walaupun amat payah buat aku 


awk, andai awk terbaca ini sy nak awk tau yg hati saya tidak akan ada utk lelaki lain selagi allah mengizinkan sy terus meletakkan awk di hati ini..kerana sy bukanlah org yg mudah menukar ganti rasa, serta perasaan ini utk org lain..
insyaallah sy tetap letakkan awk di hati ni


sy juga memohon padaNya biarlah sy menghembuskan nafas yg terakhir dalam masa terdekat ini
walaupun sy tahu ia tidak akan menjadi kenyataan selagi allah tidak mengizinkannya
hanya dgn kejauhan mungkin dpt buat kita mempunyai jarak
sy akan lakukan apa saja kalu itu blh buat rasa ini kurang sakitnya
biar awk taktahu
biar saya yg rasanya bukan awk..


buat masa ini izinkan sy terus meletakkan awk di dalam hati ini yg paling atas
kerana dgn pinjaman awk dr allah pada sy membuatkan sy lebih kuat..
menjadikan sy seorg yg tabah, dgn awk sy dpt ketenangan yg tidak pernah rasakan sblm ini..
dengan awk, sy mula kenal kehidupan ini dgn lebih lagi
dengan awk, sy mula nmpk kwn dan lawan yg sebenarnya..
dgn segala nasihat awk buat sy lebih mengingati allah dgn kerap dan sentiasa memohon padaNya 
awk buat sy muka dan sedar segalanya..terima kasih 


awk tidak akan pernah hilang dr hati  dan ingatan sy

awk akan sentiasa hati ini sampai waktu yg memisahkan segalanya..andai tertulis yg sy bukan pasangan dr tulang rusuk awk..sy redha dgn ketentuan ini..
apa pun sy akan sentiasa mendoakan awk seperti selalu..andai masih sempat sy memohon agar awklah yg akan meminpim sy ke al jannah..akan sy usahakan walaupun sy tahu allah telah tulis di dalam kitabnya siapa jodoh sy..


sy memohon allah temukan sy dgn seseorg sebaik awk utk pimpin sy ke pintu syurga serta yg akan beri didikan agama yg sempurna buat sy satu hari nnty..
awk maafkan segalanya selama ini ye..