Tuesday, May 29, 2012

holiday trip

aku mula planning untuk bercuti ke luar negara..
yeahh next is indonesia
ke bandung
ok semalam jumpa travel agent
then tgk2 harga
insyaallah xde aral melintang
awal november
aku akan berangkat ke sana 

skrg dah ada kawan kat bandung..so senang lah sikit nak berjalan nnty :)

the long planning
b4 presentation 
perlukan lepaskan tekanan
semoga segalanya berjalan dgn lancar
dan sambil tuu tgh nak  buat proposal ke KOREA
ya allah dah membayangkan aku ke sana..doakan segalanya berjln dengan lancar
 lps korea akan planning buat umrah itu impian aku sbb nak buat umrah lps degree
insyaallah..

apa pun aku akan pastikan KOREA adalah the best trip under aku
insyaallah moga2 dipermudahkan allah :)
takpenah buat event besar kene buat sungguh2,,..

ya allah permudahkan segala urusan ku ya allah 
aminn

penantian

wah hampir sebulan aku intership..esok genap sebulan pada 31/5/2012
huh lamabat juga masa berjalan utk habiskan masa sebulan ni..
bila time study bukan main lagi masa cepat je bergeraknya 
bila intern ni bukan main lambat lg..huhuh

tapi tahap kesabaran yg tinggi amat diperlukan
ye saya jd seorang yg penyabar itu since dia tiada disisi
sifat penyabar menjadi peneman setia dan juga sahabat karib
kerana dia yg selalu buat aku jd seorang penyabar
kini tanpa dia di dunia reality dia tetap ada disisi sebagai penaman walau hanya di dunia fantasi
tidak penah rasa sunyi kerana sentiasa rasa dia ada disisi..lena malam ditemani dia
kehidupan harian tetap sama dgn adanya dia

terasa mcm pelik kalu di dengari tapi itu yg pasti
bukan tidak ada yg hadir saat dia tiada disisi
tapi hati ini seperti telah terikat dan tertutup hanya utk dia
dan sampai ada yg ingin masuk meminang hati aku seperti KOSONG
maaf bukan tidak dibuka hati ini tapi ia terasa seperti tidak punye perasaan

mungkin dia pergi bawa hati ini sekali 
apa yg perlu aku buat kini
hanya menanti itu yg pasti
kuatkah aku?
insyaallah selagi allah menjaga aku 
selagi kenyakinan terhadap tetap utuh
akan aku tggu

di mana pun awak berada saat ini 
sy nak awk tahu yg saya akan menanti awak..
walaupun org di sekeliling sy tidak menyukai sy menanti awak
sy tetap akan tggu awak


 

Sunday, May 27, 2012

ujian allah

allah beri ujian kerana yakin hambanya kuat utk menempuh segalanya
tp kadangkala aku terpikir
kuat ke aku sampai allah sentiasa beri ujian
allah terlalu syg kan aku ke?
mungkin 
tapi kadangkala aku hampir tersungkur utk tempuh ujian-ujian yg diberi
kadangkala allah seperti tidak adil tp aku cepat2 beristifar 
jika dulu saat aku slh allah dgn takdir yg harus aku tempuh 
terasa seperti ingin mati
tapi sgt allah kirimkan dia..terlalu banyak nasihat yg aku terima 
terasa dia seperti tuhan..mungkin itu slh satu perantaraan antara aku dan tuhan
saat aku terasa kuat saat adanya dia..allah uji lagi bilamana allah hilangkan dia dr sudut pandangan ku saat ini..
aku hilang arah seketika saat hilangnya dia
tp kata-kata, semangat dia, sentiasa ada dlm hati ini..
apa saja yg ingin aku lakukan tkpernah sekali lupa akan dia..
walaupun dia tidak ada disisi tp suara,senyuman,semangat serta kekuatan dia tkpernah hilang dr hidup ini

allah telah tetapkan segalanya moga ia adalah terbaik utk ku dan dikau..

rindu

lamanya tk update 
latest pun update lagu je..
like my title 
that real what im feel rite now

genap sebulan lama nya 
dia senyap tanpa khabar berita
dimanakah dia?
kemanakah dia?
aku sendiri tidak pasti

aku sendiri ambik keputusan utk senyapkan diri 
mungkin ini yg terbaik
walaupun menjerat diri dan hati

aku tak rasa sakit cuma aku hilang diri 
sejak perginya dia
mungkin ini yg allah mahukan dr aku

allah pinjamkan dia utk buat aku rasa tenang
dia pelengkap hidup aku
dengan dia aku jd diri sendiri
dia seperti pantulan diri aku sendiri 
terlalu banyak persamaan antara kami
aku senang dengan dia
apa yg pasti dengan seperti aku ckp dgn diri sendiri..
aku tak perlu simpan2 dlm hati
luah apa yg aku mahu
tp bila allah ambil dia semula dr sudut pandangan aku
aku rasa kosong..sunyi..
itu yg aku rasakan
cermin pantulan itu seperti pecah berderai tanpa aku sedari
mungkin allah hanya menguji aku
samaada aku kuat atau tidak
insyaallah aku mampu hidup tanpa seorg lelaki tetapi dia 
umpama cermin bayangan aku versi lelaki yg sukar utk di tukar ganti

itu yg pasti 
setiap yg hadir takkan sama seperti dia
aku cuba
tp ia sgt sukar..mungkin sbb tidak punye persamaan
tidak akan  ada penggant dia mungkin utk selamanya


di setiap sujud 
di setiap langkah
di setiap getar jantung
tidak pernah lupa akan dia
nama dia tidak pernah padam buat selamana
insyaallah

di setiap doaku
tidak pernah putus utk dia

wahai hati kuat lah di kau sentiasa,..
allah penentu segalanya 
 
 
 

Thursday, May 24, 2012

dia

••►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian..

Tuesday, May 22, 2012

buatku disana

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya Tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku di sana

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati

Sunday, May 6, 2012

DALAM SEPI ITU




Kembaliku mengingatimu
dan hati menjadi rindu
aku terperangkap dalam diri
aku terperdaya oleh mimpi
aku dikejar bayang-bayangmu
keterpaksaan menyiksaku
lama ruang hati kekosongan
lama aku menangis sendirian
lama itu hanyalah hitungan masa
namun kenangan indah antara kita
tak pernah luput diingatan